Cayalah bro ... bakal isteri muda wooo... 24 tahun dan Lan dah 42 gitu. Ni la 'rezeki' namanya.. Heheheh..
Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.
Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka, sewaktu Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak.
Menurut Lan , “Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun ".
Apa apa pun , semoga berbahagia bro ! ;) .. Lupa lak , takde sapa nak sponsor ke ??
sumber : HMETRO