Kita sering terlupa ..

 

Mati itu pasti ... Tapi berapa ramai antara kita sentiasa memikirkan soal mati ? hurm... 'takut'  kata mereka.. Atau sekadar satu ucapan di mulut saja ... 'takut ...

Namun kita sering terlupa.. tak percaya ? Cuba hitung kembali sejak kita bangkit dari tidur tadi .. Dosa yang telah kita buat dari pagi tadi.. hurm.. tak sedar kan ?

Bila cakap soal mati , timbul terus keinsafan .. 5 saat saja ! Kemudian , lupa balik dah .. Berseronok kembali.. Bergelak ketawa .. Selagi tak sampai 'masa' kita , selagi itu kita 'tersenyum' .. Seolah olah lambat lagi 'masa' kita ..

Aku dalam perjalanan ke Hospital Melaka .. ziarah sahabat aku yang sedang koma akibat ketumbuhan dalam kepala .. Menurut rakan yang sedang berada di sana , doktor akan menarik bantuan pernafasannya bila bila masa saja..

Sahabat aku ni , lama dah aku kenal dia .. sejak mula aku berada di jabatan ini , dialah antara dua kawan lelaki yang aku ada ... Kalau outstation , kerap gak la aku ngan dia .. hurm.. Kenangan...tinggal kenangan ?

Bila mengenangkan dirinya yang sedang koma itu , aku terfikir.. apakah agaknya ujian yang sedang dilaluinya .. Hurm... Terlalu banyak persoalan dalam benak aku ni ...

Dunia .. dunia .. dunia ... kita menangis kerana dunia ... tetapi tidak langsung mengeletar  ketakutan bila teringatkan neraka ..  Astagfirullah al'azim...

Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa kita semua..

27 ulasan:

  1. btl la abg ben . kdg sy pun alpa . igt nak seronok jer . hurmm

    BalasPadam
  2. btol tu. kdg2 manusia ni hanya dimulut sahaja ucapannya tp hati tak gentar seperti mulut berbicara

    BalasPadam
  3. semoga kawan abang bennngggg dalam keadaan di rahmati Allah..

    hmm~

    BalasPadam
  4. ya...pasti...syukur masih diberi kesempatan untuk hidup lagi hari ni...malam tadi entah mcamana sedar selimut terbelit di leher.semput jugak nk bukak.nasib baik sempat tersedar.alhamdulilah masih bernyawa lagi hari ni..

    BalasPadam
  5. mmm..kesianya kat kawan bro ben tu...same2 la doakan beliau pergi dengan tenang..

    BalasPadam
  6. Pendekar juga...

    salah seorang yang lupa akan mati itu pasti...

    tapi... selagi hayat ini ada.. selagi itulah pendekar akan terus berjuang...

    walaupun mati itu menjemput jiwa semasa dalam perjuangan...

    mudah-mudahan... berkat itu tetap ada.. Amin...

    BalasPadam
  7. sselagi kita xdpt penyakit or kesusahan, kita xkn ingat pasal mati.. lumrah umat akhir zaman ...~

    BalasPadam
  8. amin...;)

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  9. abg ben, nak tny pasal ads nufnang ni. xtao mana nak letak code HTML dia tu..

    BalasPadam
  10. btul kata Bro.. Aku pun klau org citer pasal mati, 5 saat pertama tu memang insaf abis.. Tapi lepas2 tu, lupa terus..

    BalasPadam
  11. betul tu ben..moga kwn anda tu segera sembuh...amin

    BalasPadam
  12. yup kdg2 kita beriman tapi dengan lidah bukan dengan hati ..kdg2 juz untuk menutup hanya di dunia bukan perancangan untuk akhirat ...sama jugak kdg2 byk lalai dgn dunia .. dgr mak always bebel tapi kdg kuar masuk telinga tnpa lekat ..

    semoga kawan abg ben kuatkan smgt .. dan hanya Allah yg mengetahui segala2nya

    BalasPadam
  13. sya pun sll lupakan ttg ni..
    astaghfirullah...

    BalasPadam
  14. Moga allah mempermudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  15. kematian amat menakutkan....

    BalasPadam
  16. hurm.. ingat 5 sebelum 5..
    Tq bro ben~

    BalasPadam
  17. Kita memang ingat mati tapi kita tak ingat tentang kehidupan selepas mati .Apa yang akan jadi dengan dosa2 yg kita bawa. T_T

    BalasPadam
  18. betul apa yang inche ben cakap tu..sekarang baca, rasa insaf kejap..tapi malam ni mesti dah lupa..wuuu..

    BalasPadam
  19. salam ben, jom jogging kat taman saujana hijau presint 11- lokasi vlog baru. http://tintanitra.blogspot.com/2011/03/pencil-eraser.html

    BalasPadam
  20. SEMOGA KAWAN BA SEMBUH DAN DIRAHMATI ALLAH SWT..AMINNN...

    BalasPadam
  21. Salam perkenalan Ben, memang kita manusia ini selalu lalai dan lupa atas kehadiran "maut" itu...tersentak bila ia menghapiri kita atau org terdekat... bersedia utk itu tak boleh tidak pasti akan tiba...
    Terima Kasih catatan Ben membuat saya tersentak tentangnya....
    Semuga Allah ampunkan dosa kita semua dan membuka peluang taubat kita...InsyaAllah....aaminnn...

    BalasPadam
  22. aritu akak bilik sblh sakit coz ketumbuhan lam otak jgk..nad smpt tolg masa die xsedar diri lam bilik..tersgt2 insaf tgk dia..alhamdulillah skng die dh ok sbb bru tahap ptama n smpt d operate..aminnn

    BalasPadam
  23. baru kehilangan seorang rakan dan juga seorang blogger

    al fatihah

    Terkini dari AUC dot com: Blogger Melayurayadaily Kembali ke Rahmatullah

    BalasPadam
  24. hari2 mai ingat pasal mati.. last year seorang kwn baik my pergi kerana leukimia.. mati tak kenal usia.. tak kenal rupa.. mati itu pasti.. cuma, kita tak tahu bila masa kita akan tiba..

    andaikata ditakdirkan sahabat bro ben pergi.. doakan perginya dipermudahkan..

    sama2lah kita muhasabah diri..

    *T_T

    BalasPadam
  25. astaghfirullahal'azim..

    terima kasih encik ben untuk peringatan ni..moga dipermudahkan urusan sahabat encik ben olehNya..ameen...

    -sesungguhnya cukuplah mati itu sebagai peringatan-

    BalasPadam
  26. abg ben..semoga kwn tu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...
    *terkejut bila ada org ckp ...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.