Jawatan Kosong : Cikgu Blog !

 

Pergh.. setiap hari ada saja msg yang ditinggalkan khas untuk aku di FACEBOOK .. Macam macam ... Antara yang feveret mintak aku tolong tengokkan blog mereka .. Ok la tu kan.. Ada yang aku tengok , dan ada yang tak sempat ... Maaf yer .. Tunggu aku jadi blogger full time ..

Secara ringkasnya .. kebanyakkan blog yang aku masuk tu .. aiseyman.. maaf la yer .. ni entri ulangan ... patutnya aku bagi je link.. tapi aku tak nak bagi , kenapa ? Sbb aku kata dah .. ni blog SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI .. Apa yang korang baca adalah 90% direct dari aku secara langsung .. kecuali bila aku malas , maka aku bagi backlink entri lama je la .. heehhe.. tapi tu jarang jarang berlaku ..

Ok.. sambung eh .. Majoriti blog yang mintak aku masuk tengok mempunyai widget widget yang tak penting .. TOLONGLAH BUANG .. Tak berguna.. kesian kat kawan kawan yang guna broadband yang berbayar ikut volume cam aku ni haa... satu bit pon dikira tau.. kalau aku jahat , aku tak masuk blog blog baru ni.. wat abis bandwith aku jer .. tapi aku masuk la jugak .. Tu pon kena caci maki lagi.. Tak kisah la.. tugas gini mmg sering di caci maki... hehe.. Nanti ada gak tak puashati tu.. hahahaha.. macam macam ... G la cari kerja lain selain cari salah aku ni haa.. hahaha .. Dasat betul bayang bayang aku ni haa..

Sekali lagi ... Buat mereka yang ingin ramai pembaca di blog mereka ,

  1. TONJOLKAN BLOG anda di DEPAN MATA MEREKA !!
  2. Perbaiki blog anda dengan melihat contoh contoh blog yang dah maju ke hadapan ..
  3. Perbaiki mutu tulisan ... Biar standard dan mudah di fahami
  4. Elakkan mata pembaca dari buta seketika selepas membaca entri anda ..
  5. Masukkan 'perasaan' anda dalam penulisan anda .. Rujuk vlog aku bersama CIKGU SITI HAJAR di ruangan VLOG di atas ..
  6. Aiseyman.. Aku lupa dah seterusnya .. bini aku panggil makan daaa.. aku pon dah lapar .. nanti je la sambung eh... 5 tu dah cukup dah.. hehehhe..

Biar ada unsur komedi , seram , sedih , pengajaran dan sebagainya dalam blog kita .. Ingat , walaupun ini blog kita tapi blog kita punya pembaca yang terdiri dari pelbagai peringkat usia .. 

Blog yang bagus adalah blog yang mampu memberi impak kepada pembacanya .. Bangun pagi dah terus cari blog tersebut untuk melihat cerita terkini .. Fikirkan bagaimana nak dapat gitu !

33 ulasan:

  1. hm...nk sampaikan sesuatu mmg x sng....

    BalasPadam
  2. ini bukan takat badan je tough..hati pun nak kena tough gak ek...

    BalasPadam
  3. err..xjadi nk soh singgah..hehe..

    BalasPadam
  4. baik cikgu blog,kata teacher pearl jade kepada cikgu ben ashaari

    BalasPadam
  5. thanks for the info..


    Jom terjah Entri baru !!
    Siapa yang bersalah ??

    BalasPadam
  6. btoi tu incik ben.. tp kot mana pon, km rasa itu suma berbalik pada rezki jugak la... kadang2 tulis ppost sampai 4-5 kali sehari, kalau takde orang mo baca pon, takde gak..

    kadang2 kita tulis standard, tp ada orang tulis mcm kanak2 riang, beriban-riban pengikut dan ratusan komen..

    so, perkara yg mbuatkan blog kita ni enak berkrim disukai ramai ini tidak tertakluk pada senarai yg incik ben senaraikan..

    apa yg penting.. promosi dr diri sndiri dan kawan gak yg penting..hehe

    sbb selera masing2 tak sama.. tu pasal ada yg suka incik ben dan ada juga tak suka..

    ayam masak merah, tak suma orang masak tu sama..hehe

    BalasPadam
  7. kebanyakan blog baru guna widget2 pelik yang tak berguna, guna auto player music, kualiti mutu tulisan agak subjektif. tapi kalau jenis tulisan memang jelas nampak. Kebanyakan blog bagu guna tulisan2 pelik

    BalasPadam
  8. mcm blog abg ben.
    ada aura sendiri. :P

    BalasPadam
  9. saya pon sedang usaha untuk memperbaiki
    hehehehe

    btw, tolong tgkkan blog saya
    hahahahahaha!!

    BalasPadam
  10. dulu..masa ben tak busy Lm pun minta ben tgk2 kan blog..ben suh buang itu dan ini..ingat lg masa br jek tukar templete terus ajak ben tgk blog..sian ben kan?skrg ni rasa sian lak asik nak kacau ben..busy sgt jek LM tgk.dpt baca entri ben pun dah syok.

    BalasPadam
  11. tips yang sangat berguna...

    abg ben bagilah pendapat sikit tentang blog Mas...

    BalasPadam
  12. mmg susah utk tarik pembaca tp bukan mustahil . kan3 ?

    BalasPadam
  13. tengs info tu :D
    byk nak diperbaiki lagy ney

    BalasPadam
  14. ermmm baru aje tulis ce citer seram kisah aku terjumpa toyol,. nak tau jom singgah2 ke blog aku,.

    BalasPadam
  15. risau juga jika hasil penulisan saya di dalam belog dikira tidak berkualiti... Ermmm

    BalasPadam
  16. senyum tak perlu kata apa-apa :)


    http://efagurlz.blogspot.com

    BalasPadam
  17. setuju!

    bukan senang nak ade pembaca setia. pembaca merangkap kawan belog ^^

    Miss Dill^^

    BalasPadam
  18. i will try my best ! yeahh .
    thanks abg BEN =)

    BalasPadam
  19. suka baca blog ben, best dan penuh infomasi :)

    BalasPadam
  20. YES!!!! aku ambil petua yang ke 5.....bagi ku itu yang penting hahahah......ape2 pun Makan dulu geng!!

    BalasPadam
  21. betul tu bro..nk cari readers yg betul2 suka ngan entri kita mmg susah..xp xmustahil.entri bro kali ni beri info pd kami..mekasih bro!

    BalasPadam
  22. ape yg sy buat no 2

    dan no3 tu sy mseh buat smpi skarang
    byk blajar dripada blogger2 lain yg bgus entri dia..hee ;D

    BalasPadam
  23. "Bangun pagi dah terus cari blog tersebut untuk melihat cerita terkini"

    perrgghh!! saya cbe usahakan! mohon beri tunjuk ajar ya encik ben. thank you~ ;)

    BalasPadam
  24. yeahhhhh...info yg sangat baik!! baik lah pengetua!!

    BalasPadam
  25. btol tu master..biasenya pompuan la suke hias blog ng muzik autoplay,bunga api,salji,tahi bintang terbang,abes sume gmbr dia letak,gmbr dia,mak dia,bapak dia,gmbr jiran seblah rmh,gmbr hewan dia,lembu kambing kerbau..wakakakaka

    BalasPadam
  26. betul sangat2 abe ben ,.. dorang suruh lawat .blog dah lah tak leh nak bace .. dh tu berat lak .. terakhir .. pangkah senang .. kekekeke

    BalasPadam
  27. huhu.. aku pon xtau blog aku berat ke x.. men sebat je... .. hahaha :)

    BalasPadam
  28. cikgu memang terbaikk lah ! :D

    BalasPadam
  29. sokong!!!!!

    tapi nak laksanakan tu yang susah. hoho

    BalasPadam
  30. Salam bro Ben

    Elakkan mata pembaca dari buta seketika selepas membaca entri anda ..

    tak fahammm....tulung elaborate skit...hehehehe..TQ

    Adobe Illustrator CS4 License Expired

    BalasPadam
  31. Salam bro Ben

    Elakkan mata pembaca dari buta seketika selepas membaca entri anda ..

    tak fahammm....tulung elaborate skit...hehehehe..TQ

    Adobe Illustrator CS4 License Expired

    BalasPadam
  32. Salam bro Ben

    Elakkan mata pembaca dari buta seketika selepas membaca entri anda ..

    tak fahammm....tulung elaborate skit...hehehehe..


    - maksud dia entri jgn berbelit2 dah susun penulisan kot, kena susun perenggan
    - selain itu pilih font ys senang org baca dan jelas..jgn font mcm tulisan doktor..=)
    - jgn ada widget2 hujan2 dkt entri..hehe

    tu la kot maksud dia..=)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.