JELAJAH BLOG 2011 : LELAKI OH LELAKI ..

by - Jumaat, Mac 11, 2011

 

Kalau tak silap aku , ini kali pertama aku pecahkan blogger mengikut jantina ... dan disertakan dengan soalan mengancam ... jeng jeng jeng ..

" Kenapakah blogger lelaki lebih kreatif dan blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita ? "

Kita tengok jawapan antara blogger yang dah bagi ...

Woofer Storm kata " mungkin lelaki banyak guna daya fikiran menyebabkan dorang lagi kreatif,dan lelaki suka membuat entry yang bergaya dan cool "  ....

iz @ aako89 jawab.. erk..dia pon tak tau nak kata apa sebab subjektif ! ..aiseyman .. subjektif ke?

Mr. Kamikaze jawab lak , " Sebab lelaki punya style ada lagi banyak dari wanita.. Kebanyakan blog yang ada layout gempak adalah lelaki.. Sebab lelaki lagi rajin mengedit template diorang.. Sebab tu la blog lelaki lebih mudak dapat perhatian dari blog wanita.. Lagipun jarang lelaki menceritakan perihal diorang kat orang lain.. So, bila lelaki da mula bercerita kat blog, mesti ramai yang nak tahu.. Haa.. "

manakala Dim Benihana  bagi jawapan " Mungkin sudah semulajadi kot kreatif...keke lawak lawak. Kenapa lebih mudah dapat perhatian??/ kalo yang hensem2 tu mudah la, macam abg ben kita tu, keke yang aku ni lak apa pun xda....ok ok serius mungkin sebab lelaki ni kurang sikit malunya, so senang nak tarik perhatian kot. Bagi aku sebenarnya sama je la, memang dah dijadikan tertarik antara satu sama lain. Kreatif pun sama, nak jadi kreatif kena banyak belajar, lama lama insyaAllah akan jadi kreatif jugak. "

Malek Ku jawab .. erk .. " memanglah biased..blogger lelaki lebih kreatif sebab ...diorang ni byk idea dan selalu mngamalkan pemikiran kritis dalam berblog...tuu diaa...lagi satu..blog diorang dapat perhatian sebab diorang (kebanyakan) xtulih pasal kisah peribadi..yelah..kalu tulih pasal kisah peribadi..sapa nak baca...lainlah ko tu Juliana Evans ker...keh3..tapi itu terpulanglah kpada individu kan..dia punya blog..so dia punya pasal la kan... =) "

ok.. ada lagi.. tu tunggu entri yang seterusnya la.. Tapi setiap blogger tu ada bagitau , siapakah blogger wanita yang mereka wajib singgah setiap hari untuk baca entri mereka.. G la klik nama mereka untuk ke blog mereka ..

You May Also Like

15 comments

  1. eleh. da terang terang lelaki ade 9 akal plak.

    BalasPadam
  2. Ceh...kepada semua blogger wanita..mari kita buktikan..we can do it!!!!

    BalasPadam
  3. wah..gaya terbaru promote blog ni..hehe

    BalasPadam
  4. Tambah sikit lagi..ni bukan soalan mengancam, ini soalan yang bikin blogger wanita panas nih...hehe..

    BalasPadam
  5. nasib baik abang maknyah..tak terasa pun
    hahahaha

    BalasPadam
  6. ya, memang tak dinafikan blogger lelaki memang lebih menarik perhatian pembaca kerana gaya bahasa dan keberanian mereka dalam menggunakan ayat2 yang kdg2 perempuan tak blh gunakan (ayat2 yang kdg2 kedengaran kasar). Kak zu pun kdg2 singgah blok lelaki ni gelak sorang2 kat ofis...kat rumah tak boleh laaaa..nanti kena jeling lakkkk

    BalasPadam
  7. adush!... macam nak perang la plak...abih udah memangnya lelaki kan pandai 'mengayat'... dah adatnya cam tu... well apa pun semua tu sebagai pelengkap dalam hidup berbloging... tak lah jemu kan kan kan?

    heee nyampah tul ngan entri nih..

    BalasPadam
  8. segan sekejap,,thank encik ben..heeee

    BalasPadam
  9. aku pun suke layan blog lelaki..sebab sempoi,cool,kelaka,santai dan simple..dr segi layout mmg simple sebb kalo pompuan ni bling sane sini..pastu siap lagu lagi pastu kang tetibe kluar lak gmbr berkepit ngan pakwe..annoyed..pastu dr segi bahase llki leh gune bahase ape aje..kalo pompuan gune nmpk tak sesuai kan...kasar...mmg tak dinafikan la..tapiii ade gak pompuan yg popular kan..smpi dilistkan dalm pencarian google..Soo..sape menang?? lelaki ade?? hehehe...

    BalasPadam
  10. as salam..

    wahh~ kalau tak workholic punya hal..
    dah dapat bagi idea2 bernas..
    apa-apa pun, dah taip.dan hantar. tak adil pula jadinya

    =)

    macam-macam pendapat.
    suka membacanya.boleh dijadikan sebagai penguat semangat


    =)

    BalasPadam
  11. aku rasa bab kreatifnya sama aje..ada lelaki kreatif ada yang tidak. Macam perempuan juga.
    -Cuma kebanyakkan blog perempuan lebih bersifat peribadi, kecantikkan dan yg bersifat kewanitaan.
    -Blog lelaki pulak byk yg memaparkan isu semasa, politik dan hal-hal sekeliling.
    -Wanita byk terjah blog lelaki sebab sifat wanita itu sendiri yang lebih ingin tahu tentang pemikiran /gaya org yg berlainan dngnya berbanding lelaki yang tidak berapa peduli benda2 begitu.
    -Blog lelaki lebih cool pulak sebab lelaki rajin bereksperimen dari wanita. Macam dalam dunia masakkan. Wanita ada yg dari kecik dah tahu masak tapi tak dapat tanding lelaki yg baru dua tiga tahun jenguk dapur.
    -Bukan sebab lelaki tu semulajadi pandai tapi sbb dia suka mencuba dan ubah resepi bagi lebih ummp. -Wanita kebanyakkannya lebih selesa masak guna resepi yg diajar turun temurun.
    -itu contoh jer lah..sbb bagi saya kedua-dua jenis blog baik lelaki atau wanita memang patut berlainan.
    -Ini akan saling melengkapi dan masing2 akan lebih memahami satu sama lain.
    kalau blog lelaki lebih cool, blog wanita lebih cute!
    -dua-dua pun best!:)

    BalasPadam