Ketidakadilan di depan mata ..

by - Jumaat, April 22, 2011

 

Seperkara yang aku perasan dalam dunia blog ni ialah .. ketidakadilan .. Ini satu perangai yang mmg kita bawak dari dunia nyata ... Hurm.. Walaupun sekadar penulisan yang kita baca dalam dunia blog ini tetapi ianya tetap di'musuhi' ..

Tulis la camana punya cantik sekali pun , yang tetap kita cari ialah kecacatannya .. Yang cantiknya kita nak nak puji sebaliknya nak dikutuk kecacatan tersebut ... Hurm..

Bila ada yang memuji maka dikatakan orang itu mengampu.. bila ada yang mengkritik , dikatakan pulak nak cari trafik murahan ..Hurm... bila diamkan saja .. masalah gak .. Blogger lebih lebih lagi yang baru nakkan komen .. Komen dikatakan menaikkan semangat mereka .. Ya, betull tapi sekarang ni kebanyakkan komen lebih kepada meninggalkan jejak semata .. Hurm.. terpulanglah kepada cara masing masing .. susah nak kata ...

Ya .. ketidakadilkan ini mmg berlaku di dunia nyata sekali pon.. tapi kenapa kena bawak ke dunia maya ? Apakah dunia maya ini bayang-bayang kita ? Walaupun sekadar bayangan hitam namun masih memiliki sifat sifat keperibadian kita  ? Pergh.. kalau itulah .. maka sakitlah gak eh..

Bersikap jujur ? Jujur sangatkah ??? Cuba tengok balik betul ... Segalanya punya agenda tersendiri ... mana mungkin punya kejujuran 100% .. Amat sukar sekali di zaman ini untuk menjumpai mereka yang benar benar jujur lebih lebih lagi dlm menyuarakan perasaan atau pendapat mereka ..

Hurm... entahlah.. aku sekarang berada dalam dua dunia .. Nyata dan maya .. apa yang pastinya , maya cuma tak boleh nak bersalam jer ... Selebihnya .. sama jer...

You May Also Like

16 comments

  1. kenapa nie abg ben?? ada org cari gaduh dgn abg ben g ker?

    BalasPadam
  2. susah mencari keadilah apatah lagi kejujuran serta keikhlasan ... dalam dunia nyata pun susah nak cari perkara2 ini jauh sekali lah nak dapat kat dunia maya!!

    Kalau jumpa pun mungkin satu atau dua dalam seribu!

    Morning Mr Ben!!

    BalasPadam
  3. @akuwanblur90 takde la.. tak de sapa pon cari gaduh dan tak berminat nak bergaduh aih dalam dunia maya ni ..

    BalasPadam
  4. baca sikit2 kemudian berlalu sambil meninggalkan jejak utk dijejaki

    BalasPadam
  5. dikritik dan mengkritik biasa la tu.kdg2 kita mengritik org lain,ada masa kita pulak dikritik..Fair and square la tu.

    BalasPadam
  6. ketidakpuasan diri seseorang susah untuk dimengertikan .. seseorang yang sentiasa tidak puas hati ialah seorang manusia yang tidak boleh menerima hakikat bahawa ada manusia yang lebih pandai ,bijak daripadanya..

    BalasPadam
  7. biasalah...manusia bermacam ragam...saya ni silent reader..most of the time baca je sebab saya rasa saya x pandai nak bagi komen yang bernas macam orang lain....part kutuk2 dan kritik2 tu...terpulang la masing2 yang nak menilainya....org bukan hy kejam di blog...kat youtube pun komen macam nak bunuh org....

    BalasPadam
  8. owh..pasal keadilan.

    Kadang kita tak mampu nak ikut apa yang semua org mahu. Buatlah ikut kemampuan kita dan yang penting sampaikan apa saja kebaikan.

    Peace :)

    P/s : dulu sy pun gitu, komen je pastu dok harap Ben follow hahaha.. tapi lps beberapa ketika dan betulkan semula niat..alhamdulillah semua dah ok. lebih seronok berblogging tanpa mgharap. But u're still the Best blogger ;)

    BalasPadam
  9. nobody's perfect.kalau ada pun pendapat masing-masing samada dlm blog mereka sendiri ataupun komen kepada blogger lain tidak semestinya dipersetujui semua pihak.Bagi saya blog itu seperti diari atau apa yang tercetus dari hati.Terpulang pada kejujuran dan keikhlasan masing-masing.Masing-masing ada agenda dan objektif serta kepuasan.Pendapat saya ni pun tak semestinya semua setuju, saya faham.

    BalasPadam
  10. laen mcm je ayat abg ben.
    huhuhu...

    BalasPadam
  11. Tp Maya Karin leh salam bro..kehkehkeh

    BalasPadam
  12. CKP PASAL JUJUR....SUSAH SIKIT NAK KOMEN. SBB KDG2 KITA PUN (MENJURUS KPD DIRI SENDIRI) SUSAH NAK JUJUR DGN DIRI SENDIRI BERGANTUNG KPD SESUATU KEADAAN ITU....SORI PENDAPAT SAYA SEMATA2..

    BalasPadam
  13. Pasal tu x d nafi la Ben! Prespektif org nie byk kalerrr! nak x nak kena ambik jugak la port kann! tp kalo x nak ambik tau pun ok jgk...!

    X dapat la kwan nk tolonggg

    BalasPadam