" Aku bengang giler dengan blog kau .. !! "

by - Jumaat, Julai 08, 2011

 

Baru saja abis berborak dengan sorang rakan blogger ni .. Hurm.. Dia menyatakan rasa tidak puashatinya dengan blogger blogger yang menggunakan cara mudah untuk mendapatkan trafik palsu ..

Yelah , aku faham maksud dia.. Blogger lain berusaha keras untuk mendapatkan trafik sedangkan dia menggunakan teknik yang mana orang lain pon tau tapi tak sampai hati nak guna untuk menipu pengiklan atau orang lain ..

Gini je la .. Contoh , berdirinya depan kita 2 orang lelaki .. Seorang lelaki yang genius dan baru saja membuka syarikat dan berjaya mengaut keuntungan berjuta juta ringgit dan di sebelah dia ada seorang lelaki yang baru saja membunuh seorang pengawal keselamatan untuk merompak bank dan berjaya mendapat duit berjuta ringgit ..

Sapa yang kita nak tengok dan jadikan contoh pada kehidupan kita ?? Kedua-duanya kita jadikan contoh dan pengajaran dalam kehidupan kita .. Kita boleh gunakan jugak segala pengalaman itu dalam resepi blogging kita ..

Gunakan kreativiti , usaha dalam menaikkan blog kita .. Kalau guna cara pintas dengan menjatuhkan orang lain , membunuh maruah blogger lain , apakah yang berlaku pada hati kita ? Hari ni kita ketawa gembira .. esok lusa ? Saat keinsafan tiba , kita perlu mencari dan memohon maaf pada mereka yang kita telah lakukan kesalahan tersebut.. Bayangkan jika si dia itu tidak lagi kita ketemui.. Bagaimana nak mohon ampun ? Pada Allah , mudah.. sesama insan ?

You May Also Like

36 comments

  1. hurm.... bacae smpai habis baru boleh faham isi entry ni... betul tu!

    BalasPadam
  2. Allah tu Maha Pengampun tapi manusia tak semua yg camtu..
    cuba jauhi diri dari menyakiti hati org di sekeliling..susahh ooo kalau org tak suka ;)

    BalasPadam
  3. Yaa memang setuju.. bukan mudah nak senang.. tp yang penting kene ikhlas

    BalasPadam
  4. adakah sy ? tp x pernah plak sy jtuhkan blogger lain..sy juz berkongsi mklumat..n link kan lau ada sumber..hukhuk..

    BalasPadam
  5. eh camne laks tu dia buat yek??? tak baik tau...

    BalasPadam
  6. :) traffik ye.....petang² ramai...
    polis trafik kat area KL ni...hehehe...ambik je lah

    BalasPadam
  7. hmm, nak naik cepat, tak perlulah smpai nak jatuhkan blog org lain......haisyy

    BalasPadam
  8. salam abg ben 10

    stuju 200%... jujur lah dlm wat pape keje... nk tipu traffik? blog pun baru pandai hehehe...

    jom join segemn abg yen...
    http://izznchaa.blogspot.com/2011/07/segmen-3-promosi-blog-ke-20-saluran_08.html

    BalasPadam
  9. matlamat tidak semestinya menghalalkan sesuatu cara untuk kita bertindak...

    BalasPadam
  10. moh kite bakor jer org yg cenggitu

    BalasPadam
  11. publisiti murahan tuh.. toksah followlah! yg penting ikhlas! insyaallah.. trafik tu naik sendirik maa..

    BalasPadam
  12. hope awe tak jadi macam mereka...takot juga kalu terikut2 gaya blogger hebat...tapi buat masa ni Alhamdulillah masih dengan style sendiri

    BalasPadam
  13. nak naik cepat senang..nak jatuh cepat pun senang..huhu..

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  14. Ni mesti guna tag line,di mana ada kemahuan di situ ada highway..Kalau nak berlumba,guna highway tak apa selamat sikit berbanding jalan lama,cepat sampai pon yer.. Tapi nak gunakan highway pon tak boleh free2,kena bayar tol..Tapi kalau ada sayap,lepas tu salah gunakan main kotor pulak..Yela,orang lain guna jalan darat dia gunakan jalan udara pulak..Sape yang tak hangin? =.='

    BalasPadam
  15. erm.. jgn dibanggakan sgt ngan trafik tu, nnti kna azab nga trafik lain plak .. klo bagus jlnnya.. bgus la trafik kte..

    harini hari Jumaat.. jom thought Friday

    http://www.my-shopping2u.com/2011/07/thought-friday.html

    BalasPadam
  16. boleh tipu ek? nak blajar la...hehe.. just joking...

    BalasPadam
  17. hm betol betol betol.. amat setuju..

    BalasPadam
  18. blog kita melambangkan identiti kita khas untuk blog peribadi... Cuba mencari kelainan untuk menarik minat mereka membaca blog kita dengan menghasilkan penulisan seperti cara bang ben nie.. sebab apa yg bang ben nampak di depan mata atau dengar dek telinga semua bang ben cerita kan semula dengan memberi pandangan berbeza.... :)

    BalasPadam
  19. yeah,,tak perluu la maen tipu kan,yg penting ikhlas,,insyaAllah ,,,naek je trafik kite tu dgn jaya ny,,hu,,^^

    HAPPY BIRTHDAY AIJAZ! dan ira nak pegi PARIS!

    DOORGIFT COMEL TUK MAJLIS ISTIMEWA ANDA^^

    BalasPadam
  20. isy hrp bukan sy la yg mcm pak guard tuh... =.=*

    BalasPadam
  21. Salam ben,
    Suka baca entri entri kat sini, tapi nak join dlm 'program program' ben McK rasa macam belum confident sbb blog cuma normal 'caca marba' updates nothing specific or special.

    BalasPadam
  22. 1st time aku tau trafik boleh main tipu2...hehe

    BalasPadam
  23. hurmmmmm, mmg betul kata abg ben...berblog dengan satu matlamat... tayah la nak tipu2 sebab nak dapat TRAFIK, manusia-manusia... baru menulis,belum melalui mulut sendiri...

    BalasPadam
  24. betul2.. even ramai yang datang tapi caci maki kita, bukan dapat apa jugak kan? berapa lama je lah boleh tahan hidup mcm tu.. heemm...

    BalasPadam
  25. dunia sekarang nilai kemanusiaan sering dicampak ke longkang......;)

    BalasPadam
  26. lumrah manusia, masing-masing sibuk mengejar harta dunia berbanding dengan harta di akhirat..

    BalasPadam
  27. br dlm blogging je dah nak menipu bagai..cer kasik peluang jadik menteri tah hapa jadik dah..abeh duit rakyat disonglap..

    BalasPadam
  28. betul.. banyak gila blogger cam kutuk mengutuk nak dpt perhatian kan.. :)

    BalasPadam
  29. dalam dunia blog ni...saya mcm kurang selesa kalau org paksa sy join bloglist. kiranya sy wajib join bloglist. then lg satu paksa daftar churp2 kat facebook. then bila sy x daftar under his link...mula lah marah2. cakap sombong lah. itu hak individu la. kenapa nk paksa. jd x seronok blogging bila kena mcm ni... sy nk up traffic pun siang malam sy fikir entry mcm mana nk bg org suka dgn blog sy. plak sana sini sy baca blog org nk blaja gaya tulis n yg mana sesuai dgn sy.

    ini cara mudah, paksa2..then lg satu tactic kotor. kutuk2 blogger traffic tinggi.. serious kasihan. nak traffic murah.

    BalasPadam
  30. as salam..
    ya~' nafsu trafik sangat tinggi~
    yang pasang iklan2 la. yang tak pasang pun tak terkecuali. tapi tengok juga sebab apa kan. ada yang demi nak menyebarkan sesuatu yang betul.

    ada pula yang 2-2 sebab. udang sebalik batu. tu kiranya jadi blogger parasit. kaut keuntungan dalam kelemahan& kelebihan orang lain.

    haha. lama dah tak guna term blogger parasit nie.ekekeke

    =)

    BalasPadam
  31. buat trafik palsu tu mcm mane???? x paham.... sbb saya ni bkn dr english education.. heee

    BalasPadam