Aku sebagai seorang blogger ...
Aku tak pernah bercita cita nak jadi blogger .. Malah tak teringin langsung .. Tapi itulah .. kita hanya mampu merancang .. Namun begitu aku punya satu kegemaran iaitu berkarya ..
Setelah setahun lebih aku memiliki blog yang mana saban hari aku menghabiskan setiap jam dengan mengemaskini segala cerita di dalam blog aku ini , pelbagai kenangan yang telah aku perolehi ..
Pahit dan manis ... mmg mengisi segala memori kehidupan aku sebagai blogger .. Tapi pahitnya tenggelam dek dengan kemanisan yang aku perolehi .. Dan aku amat menyukainya ..
Kawan dan lawan .. Segalanya adalah normal .. Di dunia nyata ini pon kita sendiri punya lawan kita sendiri.. Kita tak boleh memaksa mereka menyukai kita .. Tetapi kita boleh buat mereka menyukai kita dengan cara menghampiri mereka .. Sukar tapi mencabar .. Namun aku tak berminat untuk melakukannya .. Biarlah mereka membenci aku yang mana aku sendiri tidak membenci mereka ..
Kenangan manis aku sebagai blogger selain dari perjumpaan bersama rakan rakan blogger ialah .. jemputan bertaraf MEDIA khas buat aku sedangkan aku ini seorang blogger yang baru saja berjinak jinak di dalam dunia maya ini ..
Menghadiri konsert BSN , adalah satu mimpi menjadi kenyataan .. Rujuk entri 1 , 2 dan 3 .. Haih.. menyaksikan persembahan yang mana aku hanya berada di depan mata tanpa sebarang halangan !! Haa.. amik kau !! Kumpulan kegemaran aku buat live konsert depan mata beb !! Ni bukan konsert fun fair okeh !! haaa..
Kemudian , aku dijemput menghadiri majlis pelancaran album single HELIZA ( rujuk sini ) .. Haa... menarik ? Pergh.. ni baru setahun berblog.. Lagi 5 tahun ? Sapa tau kan ? Dengan berblog ni kita leh kenal macam macam peringkat orang di Malaysia ini ..
Banyak lagi kenangan yang aku perolehi sebagai seorang blogger ..Tak larat nak cerita ... Segala penat lelah aku mengeluarkan idea , dibayar dengan kenangan manis .. Alhamdulillah.. Malah aku sendiri punya ramai kawan blogger yang rapat dari segala pelusuk negeri di Malaysia dan juga rakan rakan pelajar yang berada di luar negara sampai ke Rusia sana tu.. Haa..
Kesimpulannya .. apakah aku menyesal jadi blogger ? Jawapannya , korang dah tau ... hehehe....
18 comments
jadi blogger, walaupun mencabar tapi best~ entah apa yg best, taktau la~
BalasPadamKak Aya tau jalan yang dilalui Ben untuk ke tahap ini bukan jalan lurus, pastinya berliku dan berbukit.
BalasPadamperghh..gempak btul.. hee..
BalasPadamtapi tak lawa la yang nama warna biru tu.. hee..
apa yg ditanam itulah yg dituai...
BalasPadammungkin yang kamu rasa membenci itu, sebenarnya mengkritik umtuk pembaikan blog kamu. mungkin? sesekali respon dengan niat berubah dari, respon dengan kemarahan sebab dikritik, kan lebih baik. hehe
BalasPadamwow hebat betul..
BalasPadamkalau orang yang merasa dengan sendiri dunia blog mereka akan fikir kita sebagai orang lain.tapi kalau kita dalam dunia blog,kita ada keseronokan sendri...
BalasPadamENTRY TERBARU: Bangku Kosong - Erti Persahabatan, ar rifke.com sembang gebang je!!!Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasululla...aku orang malaysia sebab tu aku batak sikit :gadis...
manisnya hasil yang datang dari usaha sendiri ..
BalasPadamTingkatkan Trafik Blog dengan Mudah
Ganas-gans tu brother BEN ... dah setahun lebih je dah femos cam PM ... hahahaha ... b3njy pernah terfikir ... terlalu ramai blogger di malaysia tetapi menjadi blogger tersohor macam mu brother BEN sukar dicari ... sebab b3njy percaya semua orang boleh menjadi blogger tetapi, menjadi blogger tersohor adalah satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan brother BEN ... begitu juga pemain bola, semua orang boleh menjadi pemain bola tetapi jadi terror cam Messi adalah satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan ... tetapi 1 ni b3njy tak pasti ... semua orang boleh jadi jahat tetapi jadi taiko penjahat kaw-kaw pun tak tahulah adakah ia satu bakat atau tidak .... ???
BalasPadamSalute Abg BEN.. Wlupun baru setahun berblogging.. Usaha gigih dan seglah pahit getir membuahkan hasil.. Kini abg BEN dah boleh berbangga sebab sudah menjadi tumpuan blogger2 baru.. hehe~ Macam aku, wlupun dah hampir 3 tahun berblogging, tapi sgt pemalas nak berusaha.. Skg dah bersemangat rajin semula bila tgk Abg BEN.. Takda yg mustahil kan.. Yang penting ada akal, bijak gunakannya.. =)
BalasPadambanyaknya kenangan bro tu.. simpan la untuk tunjuk kat anak cucu nanti.. berharga semua tu..
BalasPadamBlogger samalah juga dengan penulis...ye ke??kata orang jiwa penulis..sensitip,berseni,pendiam,kreatif,suka menyendiri....sbb itu banyak ilham yang mencurah2 datang...benarkah??
BalasPadamas salam..
BalasPadamwah!
bestnya encik ben!
tahniah!
hehe~
menulis dengan ikhlas, pasti dihargai =)
hehe~ diary~
bestnyee...kenangan taerindah kan...tengoklaa cukup setahun me berblogging pulak...nak tengok apa yang jadi..hihihihihi..LOL...pagi abg ben :)
BalasPadamberkarya dan untuk menghibur org lain .. menulis karena hati bukan karena wang
BalasPadam~ LIKE ~
BalasPadamsbb abg ben baik kot. bak kate heliza. blogging pn iklas je^^
BalasPadamone word only:)
BalasPadamAMAZING