Blogger baru vs Blogger lama ..

by - Ahad, Julai 24, 2011

 

Setiap hari ada saja blogger baru muncul .. ibarat baru lahir tapi punya idea tersendiri ... Ada yang mengandaikan mereka ini 'baby' lagi dalam dunia blog ini .. Ada yang yang mengandaikan diri mereka umpama jerung yang bakal menganas nanti dengan setiap entri mereka ..

Tak kira apa pon perumpamaan mereka , aku yang berada di tempat mereka dulu ingin sekali berkongsi pengalaman aku .. Pengalaman yang mana jangan terlalu cepat menilai blogger blogger yang sudah pon berada pada status tertentu , samada popular ke , otai ke , power ke atau sebagainya la yang mana status tu sebenarnya diorang tak hengin pon tapi diberi oleh blogger blogger  tertentu atas niat menghargai mereka ..

Apa yang aku perasan , ada antara blogger baru ni tak suka dengan sikap blogger lama .. Kononnya sombong , berlagak , pastu suka kaitkan dengan jumlah follower padahal entri tak best pon , dan banyak lagi .. Taukah kita sebelum mereka menikmati semua itu , bagaimana mereka bersusah payah dulu ? Sewaktu mereka mula berblog , kita sendiri pon belum kenal apa itu SEO , TRAFIK malah tak tau langsung blog boleh menjana pendapatan sampingan ..

Mereka ( blogger lama ) dah menurunkan segala ilmu mereka secara tidak kita sedari .. Aku amik contoh .. Aku turunkan tips bagaimana nak menjana pendapatan dari iklan .. Apakah korang rasa tips tu aku dapat sewaktu tidur ? Sudah semestinya aku dapat melalui pembacaan aku di blog orang lama yang mana terlebih dahulu mengetahuinya melalui blog blog terdahulu ..

Dan seringkali mereka rasa blog blog lelaki terutamanya , mendapat populariti dengan memacakkan wajah kacak mereka pastu dapat ramai pembaca wanita .. Tidakkah korang sedari , apakah dengan memacakkan muka saja dah cukup ? Mat Gebu tak pacak pon muka.. Popular gila dia dikalangan wanita .. Dan banyak contoh lagi tapi korang je tak nak bukak mata hati untuk melihat.. Kita lebih suka lihat dengan cermin mata syaitan .. Sebab itu irihati timbul lalu mengeluarkan entri pelbagai .. Anti sana sini ..

Aku cakap sbb aku ada pengalaman .. Aku tahu apa yang korang rasa .. Rasa seolah kita boleh hasilkan entri yang jauh lebih bagus dari blogger blogger lama .. tapi tidak mendapat sambutan .. Cuma tengok balik diri tu.. bandingkan dengan blogger lama .. Satu hari berapa jam mereka berada di depan pc .. Sehari berapa jam mereka mengkaji arus dunia blog ni . Sudah berapa lama mereka 'mengusung' blog mereka ?

Hurm .. Cakap mmg mudah . Buat blog , semua orang boleh .. Tulis entri bermutu , semua orang mampu .. Tapi mampu ke nak hasilkan entri bermutu hari hari ? Mampu ke nak promosi blog hari hari ? Mampu ke nak g blogwalking hari hari untuk menegur blogger blogger lain ?

Takat sehari 10 blog mungkin boleh.. tapi kalau trafik dah sampai beribu sehari , mana satu nak korang tengok.. blog sendiri atau blog orang lain ?

Jangan cepat nampak salah orang lain .. Apa yang patut dilakukan adalah fikir bagaimana nak berada ditempat mereka .. Dan bagaimana nak kekalkannya .. Nak naik mudah.. nak kekal ??

You May Also Like

48 comments

  1. nice entry abg ben. some blogger fail to see this.

    BalasPadam
  2. kali ni panjang pula ulasan abang ben
    saya pon newbie juga dan tengah dalam usaha nak belajar daripada blogger lama...

    BalasPadam
  3. Saya ni baru ke lama?Confuse.. Confuse...

    BalasPadam
  4. saya baby lagi...n saya ni pemalu..sbb tu x pacakkan muka..:)

    BalasPadam
  5. ben...saya yg baru capai 3k followers ni pun saya x menang tangan nk balas jejak semua orang yg datang. saya usaha semampu boleh je. bukan xnak layan mereka tp x sempat. satu hari ada 24 jam, berapa jam saya depan lappy?

    tp ape2 pun...saya nak juga terjah mereka kembali. kalau mcm ben ni mmg x boleh habis nk terjah :D ramai sgt dah.

    BalasPadam
  6. alya pun newbie jugak, dan alya pun masih belajar drp blogger lama..lagi-lagi daripada abg ben, dan terima kasih alya ucapkan kerana abg ben tak jemu-jemu bagi nasihat dan tips kepada newbie.. :)

    BalasPadam
  7. sy juga blogger baru abg ben.. masa sy mula2 brblog thun ni, sy pun x kenal sapa tu Ben Ashaari.. Tengok kat blog2 orang, bnyk btol segmen2 ben ashaari diorang join.. sy jd tertanya2, sapa tu ben ashaari? artis ke apa? mula2 brblog pun sy x tau apa tu segmen dlm blog sbnrnya..stlah tnjuk ajar dri mmber2 yg dh lama brblog, baru sy kenal apa tu segmen, dan sy tahu sapa tu ben ashaari.. btw, thanks 4 the info.. support abg ben!

    BalasPadam
  8. thanks atas nasihat & peringatan ni..

    BalasPadam
  9. bro ben mcm marah je ni..sabar bro ben..manusia2 je tu hehe(memang lah kn) tp bro, anda bukan dlm rancangan bang bang boom..tp anda ditag hehe saje je..tahu bro ben xpandang..saje tag :) tq!

    BalasPadam
  10. tiada lama,tiada baru..(wah mcm rncngan TV pula)
    hehehe..tp kalau tiada blogger lama,blogger baru tiada tmpat rujukan.pelbagai tips kita boleh peroleh dari blogger lama.

    blogger lama juga manusia,buka semua org dpt di terjah,dilayan pada masa yang sama..byk kekanagan yang ada.jadi blogger baru kenalah faham,bukan blogger lama ini sombong..

    suatu hari nanti blogger baru pasti akan tahu apa yang dirasa oleh blogger lama.

    blogger baru atau lama, adalah sama..kita semua manusia..punya kelebihan punya kelemaha dan tidak akan lepas dari kesalahan..

    BalasPadam
  11. Yang lama tu la sumber inspirasi bagi yang baru untuk berkarya,bukan hanya tahu nak mencari kesalahan dan cuba menjatuhkan orang lain..

    Adanya ilmu atau pengalaman kongsikan bersama supaya kita dapat menikmati dan merasakan kejayaan bersama sama..

    Nak hasilkan entri yang bermutu serta berkeunggulan memang susah nak hasilkan..Tapi tak perlu sampai pilih jalan menggangu hidup mutu sami.. :)

    BalasPadam
  12. abg ben ni rajin benar menulis kan. sy tgh sehari ada dekat 3 4 entry. fuhhh. tak semput idea ke ?

    BalasPadam
  13. sy pown2.. heee..masih belajar untuk berblogging dgn cara yg baik ~

    BalasPadam
  14. tak dapat balas jejak..paling kurang dapat balas komen...kan2..

    BalasPadam
  15. ben ko mmg terbaik
    thanks my sifu

    BalasPadam
  16. blogging ni pun mcm kerja jugak la...org baru kena la blaja dari org lama ...rileks bro..dunia blog ni sama je, ada org suka & ada org tak suka...ada org bleh hargai...ada juga yang tidak...

    BalasPadam
  17. Hmm, tu la kan, bukan senang nak jadi senang. Insya-Allah, kalau kita betul-betul nak serius, kena la mujahadah sikit. Baru boleh berjaya.

    Apa pun terima kasih atas nasihat abg ben untuk blogers newbie mcm saya ni..:)

    BalasPadam
  18. tip yg berguna.i like :))
    hri2 bg tip cam ni tak muak pun baca abg ben...mmg best..

    BalasPadam
  19. terbaik en.Ben.. apa pun blogger lama tetap menjadi inspirasi kepada kami... terima kasi atas segala tunjuk ajar dan berkongsi ilmu.. tanpa kamu, siapa lah kami utk berseronok d alam blogging ini... (",)

    BalasPadam
  20. betul la Ben..pada blogger2 yang hingusan ni,yang baru akil baligh ni,jgn cepat menilai orang lain,pastu kutuk2...diri sendiri pun belum tentu lagi camana..
    w/pun ada blogger baru(mcm akak)...baru nak kenal dunia blog ni...yang penting kita x dengki/irihati ngan orang...inilah yang akak selalu kata...mentaliti orang kita...diaaa je yang betul..orng lain seme salah...

    BalasPadam
  21. betul tu abg ben.. nice entry.. :)

    BalasPadam
  22. for me tak susah nak menjadi seorang blogger, asalkan nawaitunya bertepatan dng apa yg kita mau. and the efforts must be the main character. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
    tak elok kalau kita pandang org lain dgn sebelah mata sahaja kan. why not blogger lama & blogger baru bantu membantu dalam apa jua matters untuk terus up dlm dunia blogging, itu cara yg mungkin mendatangkan impak besar kepada kita.

    p/s: i'm confusing, i'm newbie or not. :)

    BalasPadam
  23. tiada yang lama takkan muncul yg baru.. :)

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah..tips yang baik...apapun bloger baru macam saya orang ni memang sentiasa mengharapkan tips yang baik daripada bloger yang dah mantap macam Bro BEN ASHAARI..TQ

    BalasPadam
  25. Assalamualaiku. Yup, saya setuju dgn nasihat abg Ben, kena muhasabah diri sejauh mana usaha kita. Nak capai sesuatu tahap atau jika mahukan sesuatu pencapaian kenalah USAHA LEBIH! saya baru sedar hal ini bila tgk blogger2 yg lbh baru dari saya tapi dah dapat follower yg mencecah ribuan! trafik sesak! nak bandingkan diri dgn blogger lama mmg rasa xmampu dan xterjangkau fikiran. Jadi sy ukurkan diri sy dgn blogger yg baru jugak tp dikira cemerlang. Di situ kita dapat tgk effort diorg bandingkan dgn kita..Whoever we are just keep it up! we can do it guys! (^_^)

    BalasPadam
  26. betol tu . sepatutnya blogger2 lama ni laa kite kena respect . kena cari ilmu dengan diorang . ibarat macam guru laah . makin lama dia dalam bidang pendidikan , banyak ilmu yang dia curah . makin orang respect . tak perlu nak jeles jeles sangat . sepatutnya kena berterima kaseh . kalo laah sifat jeles menjeles timbul dalam diri blogger , hmm tak kemana laa dunia blog kite ni .
    anyway , thanks abg ben untuk segmen cari blogger baru hari tu . at least ade la jugak yang sudi singgah dan follow blog pika ;')

    BalasPadam
  27. betol abng ben tulis...nak naek senang..tapi nak stay susah gile...kadangx2 blogger baru skrang rajin mulex2 jer...lastx2 tergendala jugak blog diowang..(aku pun newbie jugak...ishx4..)

    BalasPadam
  28. bukan senang nak kekalkan semua tu abg ben. semuanya bergantung pada diri. kalau betul2 nak, kena usaha lebih dari biasa. ^^

    BalasPadam
  29. suke entry2 inspirational.. tak pernah miss lg bc entry2 cmni sejak follow blog bro..

    sy baru follow blog ni 2 bulan, secara jujurnye saye rase kekuatan entry2 blog ni terletak kat persoalan yg timbul. kadang2 isi tersirat tu banyak gak termiss.. bukak kali ke2 baru nampak. hehe.

    Semoga blog kekal sampai ke cucu cicit. Nak wasiatkan tak blog ni? heheh

    BalasPadam
  30. sy bkn blogger :) buat blog suka2 jer :D byk dah bce entri bro ben.

    BalasPadam
  31. klo blogging stakat nak dengki sana sini, kutuk blogger2 lain tak semena, baik x pyh buat blog. dpt ape je kn? blogging jela dgn ikhlas, sesuatu yg dibuat secara ikhlas akan mendatangkan hasil yg memuaskan tak kira la cepat atau lambat. ye dak? sbelum kita mengata org tu, cuba kita letakkan diri tu kt situasi org tu dulu, baru kita tahu cmane rasanya. btol tak abg ben? :)

    BalasPadam
  32. tip yang berguna untuk saya praktikkan dlm dunia blog ni. Sejujurnya saya banyak review apa yang abg ben post entry yang lama-lama.sya nak beljar dan belajar dunia blog ni..dan betul la abg ben ckp kalau tiada otai blog maka kita tak akan dapat la apa isi yang berada di dunia blog. senang kata tiada yang lama maka tiadala yang baru;))

    BalasPadam
  33. Assalamu'alaikum.

    Ilmu dan panduan daripada orang yang berpengalaman amatlah penting kepada orang yang baru bertapak. Perlu belajar dan tidak sombong dengan hasil yang 'ciput'.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  34. Salam.
    Kena lantik PA la macam tu .. hehehe... PA di kalangan blogger baru sendiri .. lau blogger lama dah tak larat sebab pancit tgk blog sendiri .. hehehee

    BalasPadam
  35. ketika aku baru belajar merangkak org lain sdh berlari jauh kehadapan ...

    aku mula belajar dari mereka ...setapak demi setapak ...kerana aku tahu jatuh ketika berlari lbh sakit daripada jatuh ketika merangkak ...:)

    bagi aku BA tetap blogger otai ...:)


    Excellence

    BalasPadam
  36. perghhhh!!memang terbaik la nasihat abg ben..penuh hormat bila otai mcm abg ben bg nasihat..anyway gudluck abg ben! bukan mudah utk berada di atas dgn kekal dan slesa...:)

    BalasPadam
  37. betolll. sokong gilerr :D


    abg ben, bagilah pendapat pasal entry nih buley x ?


    http://sitizarizza.blogspot.com/2011/07/blog-lelaki-vs-blog-perempuan.html

    BalasPadam
  38. yg otai syg pada yg muda..yg baru hormat pada yg otai...kan aman damai,makmur,sejahtera, sentosa

    BalasPadam
  39. ya bukan mudah nak ditempat abg ben.even sy sendiri pon xpenah bermimpi juga memang xakan mampu jadi seperti abg ben. :D

    BalasPadam
  40. memg panjg btul entry ben kali ni,,,sypun newbie lg dan wat entry pun biasa2 saja,,,Ben la org kedua yang follow sy masa mula2 buka blog dulu,,,terima kasih sebab bagi sokongan wlupun dah otai,,,tak semua otai sanggup nak follow blog kite kan,,,banyk yg penah singgah tp tak follow,,,mungkin entry sy tk cukup menarik utk mereka follow taupun pilih bulu sebab follower sy sedikit,,,ntahla terpulang lah pendpt masing2 kan,,itu hak mereka juga nk follow ke tak kan,,,

    tp sy memg salute Ben sbb tak mcm otai2 lain ,,teruskan sikap begini,,,

    BalasPadam