"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

by - Selasa, Julai 26, 2011

 

Pagi tadi , aku menonton kuliah pagi kan .. Kemudian penceramah ada menceritakan satu kisah dan satu doa ...  Lalu doa itu aku jadikan status di FB untuk dikongsikan bersama rakan yang lain ..

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Alhamdulillah.. ada rakan yang bertanya di FACEBOOK .. Aku nak cerita pon panjang sangat lalu aku google .. jumpa kisah tersebut .. Petikan artikal ini aku amik dari ILUVISLAM.COM ..

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji ,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.

Ayuh kita jadi golongan yang sedikit , iaitu golongan yang bersyukur.

- Artikel iluvislam.com

 

Alhamdulillah .. kadang kadang kita terlupa .. dan kita sebagai rakan , perlu ingatkan sesama kita.. kita tak sesempurna mana pon tapi kita perlu sempurna untuk mengisi kekurangan itu .. Jangan jadikan itu satu alasan untuk membuat kesilapan ..

You May Also Like

13 comments

  1. bagus abg ben...bg entry yang mengingatkan pembaca ke arah positif..ayat yang sempoi mudah diterima oleh sume golongan termasuk remaja.

    BalasPadam
  2. memang terbaik entri ni. berkongsi benda yang baik memang tak salah kan, abg ben. =)

    BalasPadam
  3. sesungguhnya untuk menjadi orang yang bersyukur sangat susah




    http://athirahshariffudin.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. amin...

    baru perasan sudah ada 'ba' cantik di tepi tu ye...

    BalasPadam
  5. Khayalan yang paling indah ialah khayalan tentang dosa dosa di masa lalu. Semoga kita semua tidak alpa dengan kenikmatan dunia.

    BalasPadam
  6. emmm.. kdg2 khilaf diri mempersoalkan itu dan ini.. xpernah nmpk nikmat yg dibagi, tp selalu nmpk nikmat yg tiada.. huhu~ T_T

    BalasPadam
  7. amin. semoga kita tergolong dalam golongan yg sedikit itu..

    BalasPadam
  8. sama2lah kita berusaha dan berdoa...

    BalasPadam
  9. ameeen=)
    tanx dgn info ni ye abg ben =)

    BalasPadam