" Blog pasal diri sendiri ?? Yewwww .. pliss laa "
Pelbagai blog wujud dalam dunia maya ni.. Macam macam cerita ada .. Ada yang cerita begitu. ada yang cerita begini .. Ada yang bagi info.. ada yang takde info.. ada yang mengarut .. ada yang mencarut.. ada yang bagus.. ada yang kurang bagus..Nak tulis semua , tak larat aku.. bazir tenaga .. huhu..
Aku nak petik satu ni jer memandangkan ramai buat blog begini .. Haaa.. Ada rakan blogger mengatakan dia tak gemar baca blog yang dok cerita pasal diri dia jer .. Nak campur campur gitu.. ala ala majalah mastika la kot ..
Kenapa ada orang tak suka baca blog peribadi ni ? Pelik ? Aku ? Aku ok jer .. boleh je baca selagi tak berjela jalan ceritanya .. ok jer bagi aku ..
Pada pendapat aku kenapa ada blog peribadi ni kurang mendapat tempat di hati pengguna internet ni (pedulik hapa la kan ? ) adalah kerana cara penyampaiannya .. Mmg benar itu adalah caranya .. Tak nak ubah , tak pe.. takde paksaan kan ? Aku lagi la tak paksa ..
Bagi aku , blog peribadi ni lagi best dari blog blog yang dok memaparkan info atau tutorial memanjang ... Kenapa ? Blog adalah catatan peribadi .. mencatatkan apa saja yang mereka buat .. walaupun sekadar keluar makan dengan kekasih gelapnya ..haaa.. Terpulang pada dia nak mencoretkannya tapi bersedia menghadapi akibatnya ..
Itu yang menariknya blog peribadi.. Cerita aku dan kau pastinya berbeza.. Jalan cerita.. penyampian.. Kejadian.. ulasan.. segalanya berbeza kerana hati kita ini berlainan suaranya walaupun ada yang kata satu suara.. hehehe.. tu suara politik jer ...
TAPI buat mereka yang sememangnya teringinkan blog mereka ramai pembaca , cuba buat kajian sedikit .. ubah cara penyampaian .. Kalau blog tu takde gambar ,cuba masukkan gambar .. kalau gambar dalam blog tu dah seolah olah berada dalam muzium seni lukis , pe kata kurangkan gambar dan banyakkan penulisan ..
Ada satu rakan bagi tips.. elakkan penulisan ala ala budak sekolah padahal dah beruban pon janggut tu .. haaa.. tu dia kata la.. aku cuma kongsikan kat sini ..
Apa pon , segalanya terletak ditangan korang .. Korang tokey blog korang .. aku cuma berkongsi tips jer .. Tiada paksaan walaupun sebesar kuman suruh ikut .. Baca dan nilaikan sendiri.. tu je ler ...
96 comments
yup teniku..:)
BalasPadamnak buat tuto tak pandai huhu..
BalasPadamjadi citer pasal diri sendiri dan keluarga kecik je la ;)
beben jangan tanjat tau kalau masuk my blog yg pink tu..hahahaha
mak okey je...mn2 blog pun masuk...hehe
BalasPadammekaseh bro beben .. byk input.. byk udah sy ubah.. moga boleh ubah lagik hihih
BalasPadam=) saya suke tu! saya baru nak follow encek ben =)
BalasPadam:D
BalasPadamurm.. mcm2 ,nk puaskan hati smua pihak takkan boleh,ada yg suka begini..ada yg suka begitu..
blog peribadi xkisah..tp jgn terlampau peribadi...
BalasPadambetul kata bro ben tu...tp orng mcm aku ni suka cerita tentang info yang sesetengah orng tahu lagi setengah orng tak tau boleh jalan laa kat hafiz-azrai blogspot...sbb klau pasal perihal diri ini aku nak cari sesuatu yang sangat2 best laa contoh pengalaman terjun dalam lobong ke,makan bom ke...haha
BalasPadamblog psl diri sendiri okeh asalkan ada benda menarik/berguna blh dikongsi..cth pegi mkn ngn kekasih gelap tp citerlah tpt mkn tu kat ner..apa yg best..kira dh bg info ah tu..sy suka baca blog gini..kalau blog info boring..
BalasPadamblog mengarut tu merujuk pada Aki ke?? Hahaha.. Ye lah.. itu je la yang saya mampu En. Ben.. Merapu sepanjang ari.. :-p
BalasPadamhihih bg sy ok je nk tulis hal peribadi tp jgnla terlalu peribadi smpai mslh rumah tangga pn nk cite.. Islam pn melarang.. =)
BalasPadamblog saya blog psl diri & family :)
BalasPadamtp ader org guna blog peribadi utk mengutuk org.....
BalasPadamMas suka baca macam blog...tapi kalau blog mengarut sangat dan terlampau peribadi baca sekali jelah pastu tak baca dah!
BalasPadamlebih suka blog yang campur2...ada cerita peribadi, nasihat, tips, pandangan dan macam lagilah!
@niena shopping2u setuju !
BalasPadamsalam en ben,
BalasPadamsaya banyak membaca blog-blog orang lain yang sudah lama dlm bidang ini. sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri nak cari pasal info apa di blog, contoh info kawen dan resepi jd carilah blog sewaktu denganya. bila ada yang selitkan kan kisah peribadi ianya sekadar menambah pengetahuan. saya baru lepas baca blog Emak hanis zalika iaitu nanirostam. for me banyak info kekeluargaan kat situ. ramai permulaan berblog ayat agak tunggang langgang tapi bila dah lama2 baru ok dari segi penulisan.
Ala..x berdosa pun! kita bebas utk b'blog!
BalasPadamsy lak prefer belog yang citer tentang life seseorang.cam abg ben ckpla,life kite tak semua sama kann?so,blh share orang nyer experience jgk.:))
BalasPadamklu belog yang banyak info kadang² jek singgah.he².kes malas nak bace!
bila tgk tajuk je dah rasa mcm..yewwww, ben perli blog aku ke? wah perasan dah..mcmlah ben baca blog aku.btw aku mmg suka baca blog peribadi, bak kata Ben..setiap org py cerita dan perjalanan hidup sndr..interesting!
BalasPadamsetiap manusia ada garapan tersendiri melalui blog. Terpulang pada mereka nak cerita apa kan? tapi bagi zue, blog yg menceritakan mengenai kehidupan seseorang tu sendiri menarik untuk dibaca bergantung kepada cara penyampaian. setiap org, punya jalan kehidupan yg berbeza-beza kan? Banyak boleh kita belajar sebenarnya dgn membaca pengalaman dan cerita org di dunia ni =)
BalasPadamwah! dah macam karangan pulak. Hehehehe...
berblog seadanya..
BalasPadamjd diri sendiri..
kalau sentiasa nak puaskan hati semua org kan karang kaku pulak penulisan ..
macam dipaksa-paksa ...
klu citer psl peribadi terlalu byk pn xelok. mmg kdg2 mls nk bace lg2 klu org tu kite xbape nk kenal lagi..-.-' seeloknya dicampur2 kan??
BalasPadammcm my.. my pn tatao la belog my tu psl hape.. hentam sajalah labuuuuuuu... haha
suka baca blog personal sb lebih santai..kadang2 blh gak dpt info kat situ...blog info n berita ni kadang2 bosan gak...
BalasPadamtanjat cik ayu bila bace tajuk entry en.beben ni.. da sedey dulu..isk..isk.. rupa2nya ulasan jerr..fuhh lega
BalasPadamblog saya pun banyak pasal hal keluarga dan anak-anak...lagi best bila disertakan sekali dgn gambar.
BalasPadamfrah stuju ngn abg ben , smua tserah pd indvdu , kalo xnk bca , xyahla kan , hehe ;)
BalasPadamcita psl diri sndri tu sharing , sharing is caring :)
yup2 blog peribadi mcm si zack kan ..hehe^^
BalasPadamtenkiu beben :D
sy blog peribadi gaq ... tatau la berkualiti ke x ... mcm syok sendiri pon ade ... tp ... ade aku kesah? hahaha~~
BalasPadamlike =)
BalasPadamben senang jer....kalau yang tak suka dok jauh2 yang suka tu tgk la u suka i lagi sukan..
BalasPadamdushhhh.. adeh.. hhihii belog ieb mesti letak gambo... heehehehhe baru perasan blog ieb ala-ala muzium...
BalasPadamnad blog ABC...resipi de, JLN2 cari mkn ada, pasal diri ada, info kshatan ada...tp semua yg buat nad terfikir lah..huhu
BalasPadamalah, blog kita sukahati kita nak tulis apa. kalau tak suka, just cakap sendiri ngan kita. setiap orang pasti ada kisah sendiri nak cite kan. takkan lah memanjang nak skema je. HUHU.
BalasPadamtak tahu la..nak2 cerita personal lelaki..mmg tak brapa laku..hu2
BalasPadamSaya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join
Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam
blog saya blog peribadi je..huhu..lenggok bahasa masih di jaga walaupun blog peribadi x semuanya kita boleh bercerita..waspadalah..
BalasPadammana-mana pun boleh. sbg pembaca kita sendiri berhak menilai.tak suka toksah baca. kalo suka terus baca dan baca. hihi. sy pun banyak ngarut jugak.hihi tp cuba untuk improve dari hari ke hari dgn view blog otai like you. =)
BalasPadamhehehe..macam belog fyna je.
BalasPadamtapi fyna pown da kurangkan cite pasal peribadi nih.
orang tak suke..
;)
peribadi is okey as long tak macam :
BalasPadam"ni boyfriend saya, saya sayang die" <--15 entry cmni
" semalam i pegi shopping, i suke beli LIPSTIK baru" <----36 kali entry cmni, cume tukar pekataan hurup besar dengan perkataan lain
cerita apa sahaja yang anda suka dan pandai main gaya bahasa, menarik... friendly... letak gambar... gambar yang menarik... tak perlu panjang2.. nak panjang boleh tapi biar kene dengan gaya penulisan..
BalasPadamkalau hal terlalu peribadi.. jangan dedahkan terlalu sangat sehingga mengaibkan diri... kalau nak minta pendapat... biar berlapik..
peribadi@ tak... kalau nak tahu... penulisan diblog.. secara tidak langsung menunjukkan siapakah diri kita yang sebenarnya... secara tidak langsung
setuju!
BalasPadamBlog bebas utk semua.. asal jaga tuturkata ;)
saya pun tak menolak blog peribadi. tetapi pembaca akan bosan apabila blogger asyik menulis mengenai diri sendiri sahaja. tak ada info. tak seronok la kan. lebih lebih lagi yang nak buat diari online ni. takpe la. itukan hak dia. tapi yang hairan ada juga blog peribadi yang tidak membenarkan sesiapa pun komen entri dia. huh? apa guna buat blog kalau tak bagi orang komen? memang menjengkelkan la buat follow. muncul kat dashboard, kita baca, kemudian tutup. entah apa apa. dah la tak boleh komen. kalau dia buat salah pun kita tak boleh nak tegur. bukan la nak berlagak pandai, tapi manusia ni kan tak boleh berlagak sombong. kita kena saling menegur antara satu sama lain. yang salah, kita betulkan. yang susah kita bantu. yang senang, kita sama sama tumpang gembira. yang tulis entri cerita sedih, kita boleh komen dengan memberi kata kata semangat. yang tulis entri cerita gembira, kita boleh ucap tahniah, bagi dia kembang sekejap. yang tulis entri nak minta pendapat, kita ramai ramai ber pandangam dan pendapat yang bernas. kita kan 1Malaysia. Janganlah kita menjatuhkan mana mana pihak. kita kan satu rumpun. satu bangsa. satu negara. satu agama.
BalasPadamMalaysia Boleh!!!!!!!!!!!!
okey ben..pelbagaikan.mmg kalau org baca sik kisah hidup je boring gak.sbb pembaca kan hadir dr pelbagai umur dan jantina
BalasPadamsaya campur2 :) hehe
BalasPadamtepuk dada tanya selera .. jgn usik kejayaan org .. orang berjaya dengan cra die masing2 .. huhuhu
BalasPadamhidup kalau belum cukup jgn cakap pasal org dah ler .. rumah pon semak .. nak ckap hal org lak .. x terlayan beb .
betul tak pakcik
saya pun blog peribadi je, tapi betullah, citarasa orang berbeza..ada orang suka, ada orang tak suka..kita kena hormat..saya suka baca blog peribadi sebab jalan cerita yang berbeza..plus lebih ringanlah..blog info ni ok gak, layan je..
BalasPadamBlog I wajib bergambar.
BalasPadamAkan diperbaiki lagi cara penyampaian. :-)
[U] GIVEAWAY: EqbalZack's fan page LOGO!
[13PG] Logorithm's Wordless Wednesday #4
[13SX] Jangan kau tipu aku!
sy buat blog jd diari online sy..ape yg sy buat, mana sy pegi, ape sy makan..kire cam share info..
BalasPadamtk tau nk buat info camaner, nk bagi tutorial ape(dh tk reti)..nk tiru gaya sapa..cuma jd diri sendiri..
at least dr sy meniru entry org lain n cakap tu entry sy..boleh? haha
tq Bro 4 ur tips
blog sy more kepada diri sendiri tapi tidak tahu lah sama ada orang baca okey or not sebab semuanya syok sendiri
BalasPadammcm Azu lar, Azu lebih prefer blog yg de info..tp kdg2 gatai tgn nk luahkan jugak rasa hati..yelah dulu ade diary, skang mn main diary dh..blog ja la..org lain nk baca dan komen silakan, kalo xminat abaikan aje:)
BalasPadamhttp://azumie.blogspot.com/2011/07/makin-kenal-makin-tak-cinta-pulak.html
lately busy nak update..
BalasPadambg tQA, blog menjadi antara tempat catatan peribadi.. so nak citer apa2 pon suka hati lah.. lantak.. coz tqa buat blog ne supaya x lupa ngn bnda2 yg berlaku lam hidup ne.. x kesah ar ada org xnak baca.. lalala
BalasPadamala dah nama pon blog kita..biarlah nak tulis apa pon..yang dok mengomen tu best sangat ker penulisan dia pok beng...i hentam kromo jer...semua blog i masok..buleh cenggitu..ahakkkkkkkkksssssss
BalasPadamsaya suka bagitau dan kongsi info pada orang..hal2 peribadi ni kdg2 cerita tapi kne yg sesuai dan menarik..takot org nyampah pula baca..
BalasPadam*pape pon..lain org lain citarasanya..manusia itu ISTIMEWA *
peace ^_________^
tq abg ben :)
BalasPadamblog saye pon, sy cite sal peribadi je .
kdng2 ad la tulis psl pribadi.. but mosly about anything..haha..
BalasPadama letter for you
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/dear-wenger.html
lain orang lain pandangan.tol tak? tapi opah oke je baca blog personal.. dapat gak info2 yang bgus dari sorang blogger tu kan :)
BalasPadamade blog peribadi tujuannye utk share cerite dgn family yg berada di perantauan.. bukan utk tatapan umum semata-mata.. xmau bace, klik pangkah kt side kanan window.. :)
BalasPadamsy lg suka bc blog peribadi dpd blog informasi nih..tmbh2 klu org tu cite dia suka soping kt mana, mkn kt mana, tido hotel mana, jln2 pi mana..ffuhhh syok syok! ^_^
BalasPadambetul2,,kadang2 blog pribadi ni seronok gak di baca,, lebih santai ,,tapi tgok jugak la,,ade certain2 blog mgguna kan ayat2 rempit tu xbest jugak ,,gaya penulisan tu penting,:),,ira pon blog peribadi,,dan sedang perbaiki lagi blog tu,,supaya org suka nak baca,,^_^
BalasPadamkalau letak pic tu,better kurangkanlah..loading lama.hehe..pada yang suka cerita psal peribadi,mereka kena mahir dalam penyampaian...ada unsur2 humor pon ok :)
BalasPadamapa² pun boleh.....suka baca....xsuka belah...hehehe
BalasPadamblog peribadi ada yg menarik.tp blog sy blog campur2.
BalasPadammuhibbah -.-
Fuh, mula-mula baca tajuk macam nak kecik ati sebab sy punya blog memang cerita-cerita diri sendiri..tapi bila dah baca isi terus semangat! hehe
BalasPadamBetul apa yang di tulis..sy setuju sangat-sangat..sy suka je baca blog2 peribadi..atleast tak melampau! :)
blog peribadi pun best jugak sebenonya...cerita mengenai pengalaman pahit,manis dan lucu dalam kehidupan...mana yang baik dijadikan teladan...tak gitu??
BalasPadamsaya campur-campur.. yes.. memang perlu jaga cara penyampaian kalau nak buat blog peribadi.. sebab nya cerita best jadi tak best bila cara penyampaian menjengkelkan.. err... mungkin... apapun, terpulang.. kalau suka, baca.. kalau tak suka, terus dari blog tu.. tp hairan jugak.. tak suka blog tu, dah tu suka kondem plak.. aiyok.. bek la tak usah abca langsung kan.. hiii.. just my opinion...=)
BalasPadamKna best kalau blog aku nie, ramai orag comen mcm beben.. hehhehe
BalasPadambwahaha.. kita komen2 kat sini.. i tell u! bukan mr ben baca pun... tak suka.. klik tanda 'X' tu aje.. lalalala.. tak semua orang suka baca info.. dari baca blog bagus baca news online kan.. lalalala... tak smestinya orang tak suka kisah tentang penulis.. tak semua orang tak suka cerita mengarut.. tutorial segala tu pun berfaedah.. antara perkongsian ilmu.. apa2pun, bergantung cara penaipan la... peace.. secebis pendapat saja!
BalasPadamsaya pun suka baca blgo peribadi!sebab dapat share macam2 kann hee
BalasPadamCiku rasa takde masalah nak tulis apa kat blog..tak kisah nak citer pasal apa dan nak guna bahasa tinggi ke bahasa merapu asalkan ada batas batas dan tidak menjangkau isu sensitiviti.
BalasPadampersonal blog sebenarnya sangat sangat menarik.. bagi yang berfikiran terbuka, diorang akan fikir mesej di sebalik sesuatu penceritaan.. every stories got their own sensitivity values.. bukannya sekadar nak mengarut, mencaarut dan dicarut.. ;)
BalasPadam@nowriz :) saya baca yer ..kalau tak camana saya nak lepaskan komen
BalasPadamben..awesome. suka entry ni.
BalasPadamem sy punya pandangan pun mcm tu gak...sbb tu sy x pernah lg update kisah peribadi sy dlm blog sbb saya ni blogger zero..buka artist. so strategy nya adalah...saya tulis benda yg universal reader dulu...em mungkin kena kenalkan penulisan kita dulu. then bila org dah mula suka nk baca...baru selit2 kan hidup peribadi saya.
tp txs ben sebab buka mata saya. blog ni x semestinya nk tulis benda yg serious je. kalau tulis atas keadaan sekeliling lg mudah untuk menulis. lg mudah nk type sbb semua dlm kepala.. :D txs superben.
Semua org bebas berkarya asalkan ade batas. pembaca juge bebas membuat pilihan..... yg penting sendiri mau ingat maaa.
BalasPadambetul-betul betul....masih samar-samar mencari idea walaupun kekadang tu teringin nak cari ramai follower cam Ben...syabass Ben
BalasPadamyup2!! betol tu....tak kesah pun apa kategori blog sekalipun dah kata pun namanya blog..suka hatilah nak tulis apa pun asalkan ada mesej/point n penyampaian yg mnarik.
BalasPadambagi saya selagi saya dah bukak satu2 blog tu saya akan baca asalkan tak berat nak loading.
blog gua sesuai dgn imej baby face..hahaha
BalasPadamtak matang..derm..malu2
yah.bgus jugak jdkn blog neh diari.ada jugak medium utk jadikn memori buat anak cucu.ceewah.
BalasPadamaku choosie sikit, blog ben ni antara BLOG peribadi terbaik selain other famous blogger yang tulis hal perbadi. aku suke bace blog peribadi [choosen shj] sebab aku sumtimes BOSAN tahap gaban baca BLOG BERINFORMASI. hikhik
BalasPadamCm setuju tuh . okei je bace blog yg berunsur peribadi ni or even dari segi pe pon belog tersebut . janji ade info menarik yg dpt kita hambek dan tak merapu rapu ..huhu
BalasPadamkakak pun tak ada masalah dengan blog peribadi ni, cuma kalau dlm satu hari 3 4 n3 tentang hal peribadi rasanya bosan gak, sekali sekala oklah...
BalasPadamHak3..I Like It...Bercerita Ttg Diri Sendiri Pun Bagus Juga Dr Post Tutorial Yg Berjela2..
BalasPadam=)
msg2 ade pendapat n idea t'sndiri utk buat entry... mcm sy just wt entry b'bentok peribadi je...huhu
BalasPadamohh. ini mmg VITAL info (at least to me it does). thank you abg ben :)
BalasPadamsokong2! :)
BalasPadamblog fie pon sal diri sendiri.. nak ulas hal isu semasa, gosip sana sinih.. kang law salah pusing free2 jek dapat maki hamun kan.. so bek wat citew sendiri.. org na nyampah ke biya la.. sape suh bace law nyampah kan.. asalkan ley kgsi cer nga kekawan.. lagipon yg follow fie ta ramai dan kebanyakan nyew memg kawan fie.. so lagi la tadew hal kan.. kan.. kan.. ^^
BalasPadamMissCt ok je slagi x cite sumtg yg 'dlm kain'.. *perumpamaan je.. :)
BalasPadamDaripada cerita hal tak betul pasal orang lain, lebih baik cerita hal sendiri. cerita pasal orang tak pasal2 kena saman karang.
BalasPadamas salam,blog MMD adalah blog catatan perjalanan harian kami sekeluarga. jom tengok2 berita menarik kat sini. ada free advertising space lagi. FOC gitu.
BalasPadamsalam..kita berblog ni ikut citarasa yang kita nak..rasa bahagia bila nak buat..
BalasPadammana-mana blog pun saya suka masuk..kadang2 blog peribadi ni banyak pengajaran hidup yang realiti..
tu lagi bagus hehe...
pada aku xkesah pun nak wat blog pasal ape pun.. peribadi ke ape..
BalasPadamblog nih mcm chanel kat tv.. kalau boring, tukar channel lain..
selera masing2 kan.. hehe ^^
blog cerita peribadi memang best kalau penyampaian nya jelas dan mudah di fahami..
BalasPadamkalau guna ayat yg gedik2 plak mcm bnyk penggunaan eww menyampah plak nak baca..
Saya setuju ngan pendapat abang ben, ska t owg lah nak tulis apa..tak nak baca tak pe.. janji tak copy tak paste entry owang.. kn abang ben, kn..? kn..?
BalasPadamSaya setuju ngan pendapat abang ben, ska t owg lah nak tulis apa..tak nak baca tak pe.. janji tak copy tak paste entry owang.. kn abang ben, kn..? kn..?
BalasPadamSaya setuju ngan pendapat abang ben, ska t owg lah nak tulis apa..tak nak baca tak pe.. janji tak copy tak paste entry owang.. kn abang ben, kn..? kn..?
BalasPadamSaya setuju ngan pendapat abang ben, ska t owg lah nak tulis apa..tak nak baca tak pe.. janji tak copy tak paste entry owang.. kn abang ben, kn..? kn..?
BalasPadamblog saya DIARI SEORANG LELAKI..kemah bin keming....hahaha...
BalasPadam