Ala Obama oi.. terima je la kenyataan ..

by - Jumaat, Disember 03, 2010

 

Susah betul la mamat sorang ni nak terima kenyataan ketewasan negara kesayangan dia tu pada negara Qatar dalam pembidaan Piala Dunia FIFA 2022 nanti .. Huih.. lama lagi tuuuu .. 2022.. entah hidup entahkan tidak.. Lagi 11 tahun.. kalau aku , skang ni 22 tambah 11.. baru masuk 30 .. haaa...muda lagi tu.. boleh g jerit kat kedai mamak lagi nanti .. hehe.. Yelaahh .aku tau la aku salah kira... apa pun tetap muda gak masa tu.. arghh..

Diorng ni mmg tak boleh terima kekalahan ke ? Cam Perang Vietnam .. dah la tak menang pastu main tipu.. haih.. abis ramai cacat rakyat Vietnam.. kesian ..

Berbalik pada ketidakpuashatian dia tu .. korang leh baca la kat BHARIAN ... ke nak aku copy paste je ? Apa ? Cam biasa ? Jap ..

 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata FIFA melakukan "keputusan salah" apabila memilih Qatar daripada memilih Amerika yang turut membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 yang boleh menjejaskan sukan bola sepak di benua itu.
"Saya fikir ia satu keputusan silap," katanya di Rumah Putih yang bersama ribuan rakyat Amerika yang kecewa apabila menonton pengumuman hak penganjuran tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 dari Zurich, malam tadi.

“Sememangnya kami amat kecewa. Ia sukar diterima buat masa ini," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika, Sunil Gulati yang menyifatkan kekalahan AS itu sebagai satu peristiwa malang untuk kemajuan bola sepak negara itu. - AFP

 

Ha... tu la... tajuk dia ??? Sat ..

Pemilihan Qatar oleh FIFA 'keputusan salah': Obama

OKeh? hahahha.. adeh.. Obangau..

You May Also Like

8 comments

  1. macam2 obama ni..haha..qatar tuh..terbaik la..

    BalasPadam
  2. hehe, dia tak dapat terima kenyataan la tuu.. adehhh kesian.. papepun, TAHNIAH buat Qatar sebab dah jadi negara Islam pertama yang terpilih jadi tuan rumah... :)

    BalasPadam
  3. En. Ben minta bantuan promosikan Iklan Jawatan Kosong ni boleh? Thanks

    http://apezsshah.blogspot.com/2010/12/jawatan-kosong-yg-perlu-diisi.html

    BalasPadam
  4. Salam
    Ekelleh..kecoh la Obama..jeles ke apa? orang dah main honk2 kereta sejak malam tadi lagi kat Qatar ni . Seronok giler mamat arab duk merai kemenangan ni .

    BalasPadam
  5. huk huk huk....perasan muda plak incek ben kita ni..haha...

    BalasPadam
  6. nanti jualan kondom mencanak kat Qatar lak..cam jadi kat afrika..
    sedih2 ni blakon je kot..huhu..

    BalasPadam
  7. putih atau hitam itulah amerika..semuanya sama...

    BalasPadam