Pencipta bom neutron meninggal dunia

by - Khamis, Disember 02, 2010

 

LOS ANGELES: Pencipta bom neutron, Samuel T Cohen, meninggal dunia di Los Angeles pada usia 89 tahun.
Pada 1958, Cohen mencipta senjata nuklear taktikal yang membunuh manusia tetapi menyebabkan hanya sedikit kerosakan pada harta benda.

Anak Cohen, Paul, memberitahu the Los Angeles Times dan New York Times bahawa bapa beliau meninggal dunia akibat barah perut Ahad lalu.

Cohen menyokong bom neutron sebagai pilihan lebih baik dari segi moral kepada senjata nuklear lain.

Bom neutron menggunakan partikel halus yang boleh menembusi objek dengan kerosakan kecil tetapi membunuh manusia.
Amerika Syarikat membangunkan senjata itu pada 1980-an dan beberapa negara lain dipercayai turut memilikinya tetapi bom neutron tidak begitu diterima.

Cohen yang berasal dari New York mempelajari fizik di Institut Teknologi Massachusetts dan membantu membina bom atom yang digugurkan di Nagasaki, Jepun. - AP

-BHARIAN-

You May Also Like

11 comments

  1. bom neutron??..jimmy neutron tau ar...haha

    BalasPadam
  2. hurmmm...akhirnyer meninggal jugak si pembuat bOm...>,<"

    BalasPadam
  3. 89 tahun tu.. org bijak ni salunye lambat mati kan..
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  4. Institut Teknologi Massachusetts..top place utk dunia fizik

    BalasPadam
  5. Institut Teknologi Massachusetts..top place utk dunia fizik

    BalasPadam
  6. bom neutron .. hoho..
    xpernah dgr nie.. nk wt research arr.. hehe

    BalasPadam
  7. mati meninggalkan teknologi yg boleh membunuh...uhuhuhu

    BalasPadam
  8. tnx bro...just got the info from ur bog...neway, i will post something abt the neutron at mine as well soon n it will link to ur post!inshaALLAH

    BalasPadam
  9. owh jimmy neutron..budak kecik selalu layan..memang bijak orgnya..heee

    BalasPadam