Wanita Melayu bakal tergugat ?

by - Ahad, Disember 12, 2010

image

Hehe.. tu diaaa.... sama harga hantaran gadis Melayu skang ni ... Apakah bakal tergugat wanita Melayu selepas ini ?

Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

image BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.


“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

-HMETRO-

You May Also Like

28 comments

  1. wow...siap iklan u...huhuhu...

    BalasPadam
  2. saya.. gadis Melayu rase tercabar... hehehehehehe..

    BalasPadam
  3. @misz myza

    betul...pas ni kena cari lelaki maghribi pula...hohoho...

    BalasPadam
  4. hahahaha.. jodoh dah ditetapkan. jgan isau. laki maghribi kulit gebu gak ke?? huu

    BalasPadam
  5. lelaki melayu pon byk kekurangan nyer..sape yg rosakkn gadis melayu kalau bkn lelaki melayu.. ==>agk emo siket ye

    BalasPadam
  6. hehe tapi tak minat la muka mak arab :P

    BalasPadam
  7. sbg perempuan melayu la kn... agk tercabar dgn kenyataan d atas. seolah2 semua perempuan melayu rosak dan punah... + kecantikan paras rupa xbole bawa ke mane2... sesempurna manusia itu, pasti ade buruk nye

    BalasPadam
  8. CALON ISTERI BOLEH DIIKLAN... MACAM BARANG DAGANGAN PULAK RASA... PELIK DAN PELIK...

    BalasPadam
  9. sat mama nak bg papa tengok, kot2 dia ada hati nak tmbh satu lagi..hihiii

    BalasPadam
  10. emmm...bagus2 nie. nampaknya hajat kawan akan tercapai jugak la cam nie. dtg yer....hihihi

    BalasPadam
  11. Perempuan kat Malaysia ni ramai yg xkawen lg..keje berpangkat besar...lagi ramaila "Andartu"..alahaiii....

    BalasPadam
  12. Mama Zara~ jgn dibuat2! hahaha...kalau dia berkenan nanti...pjg kisahnya! hahaha!(maaf ye gurau2..hehe)

    BalasPadam
  13. @Mama Zara

    bahaya tu mama...ehiks!!

    BalasPadam
  14. wahh..menarik.Bangsa bukan penghalang,yg penting agamanya dan budi bahasa yg baik.

    BalasPadam
  15. BA :Perempuan maghribi ja ka ? Lelaki maghribi x ada ?kot2 ada ala2 muka orang bollywood

    BalasPadam
  16. saya sebg gadis melayu turut rasa tercabar...
    huhuhu..pelik pulak lelaki sekarang..
    suma nk yg cantik2 dan gebu2 jer ker..
    padahal kecantikan tak kemana2..
    macam gadis melayu sekarang suma tak bagus lak an..
    huhuhuhuhuhuhu....

    BalasPadam
  17. bro Ben..
    mmg terkejut baca paper pagi tadi.. (Metro ahad), rasa nak email reply jer kat wartawan tu..tp la kan statment mamat yg kawin minah magribi ni seolah - olah memperlekehkn wanita malayu.. dia pun belum 10 tahun kawin.. tau ker dia jodoh dia smpai maner jer .. nasihat tuk mamat tu la.. jangan riak.. tu dah mcm riak dah bila puji2 sgat isteri dia tu.. ramai juga wanita malayu ckup sempuerna semua tu.. ala.. jodoh kan tuhan tetapkn.. klu kluar duit lebih pun isteri sendiri.. yg peluk pun bukan org lain.. nampak sgat mamat tu kedekot hehehehe

    BalasPadam
  18. hihihihiihi.. RM 14 000.. boleh ah simpan duit start hari nie

    BalasPadam
  19. Walaupun saya dah berkahwin, saya juga rasa tercabar... Lepas ni nak mandi wap dan belajar tarian gelek hehehehhe

    BalasPadam
  20. pokok pangkalnye isteri yg menurut kata yg akan menentukan perjalanan rumahtangga. tak guna cantik kalau degil, keras kepala, nk jd ketua, etc.. saya salut gadis malaysia yg tidak seperti itu..tapi ramai yg mcm tu..sbb tu wanita maghribi dpt market yg besar.. sbb diorg ramai yg ikut ckp suami.. kalau kat mlysia tak beli brg sikit dh muncung sedepa..mcm mana laki nak senang hati..sian..

    BalasPadam
  21. Elok sangat ler tu. Kalau si gadis tergila-gilakan lelaki Lombok, yang lelaki plak cari gadis Maghribi. Esok-esok hilang terus bangsa Melayu jati....

    BalasPadam
  22. setuju dgn pngdn saudari, sekarang byk yg keras kepala, kwn2 lelaki yg dh kawin byk gk yg merungut, bini suka betelagah nk balik raya rumah mak ayah, x suka masak,nsib baik ler kwn2 ni x cari lain.. kadang2 ada gk yg merungut, klu isteri x nak dgr ckap, apa guna jd ketua keluarga..

    BalasPadam