Pertanyaan dari sahabat ..

by - Rabu, Disember 08, 2010

 

Aduh..terharu aku.. ramai yang prihatin kat aku .. Terima kasih kawan kawan ..

Ada seorang sahabat blogger yang kreatif bertanyakan soalan pada aku ..

FareedSairi bertanya " Salam Bro Ben...Nak minta sedikit nasihat tentang BlogLarian. Dah mula ada kritikan membina, harap dapat beri juga sedikit pendapat :) jika bro berkelapangan.
setakat ni, sy tak sempat nak update post sbb daftar blog org...camne bro bole layan bila buat segmen...fuh! .. ada teknik khas ke? "

Jawapan aku hanyalah satu ... KOMITMEN ! Bila buat satu satu segmen atau contest , komitmen perlu ada .. Ramai ingat senang je nak buat .. Nampak nak 'makan free' jer tapi diorg tak sedar , nak update blog .. nak bukak blog blogger tu lagi. check satu satu .. Bayangkan kalau segmen Blogger baru yang aku terima hampir 200 penyertaan ? Tu pun ada yang bunyi aku tak nak komen.. tak follow .. tapi diorg tak bunyi pulak yang aku dok promote kat blog aku ?

Aku bukan tak ikhlas.. tapi kadang kadang , orang kita ni , suka disuap terus dalam mulut ... yang tu baru diorg perasan .. Tapi bila kita buat secara diam atau 'sipi-sipi' , saja dibutakan mata hati .. Hurm..

Jadi ginilah En.Fareed , bahagikan masa... bila nak update blog , dan bila nak daftara blog ... kalau tak , mmg huru hara .. Jangan kelam kabut.. pasti ok punya ..

Ada teknik khas ke aku ni ? Hehehe... semangat bro !!! Semangat ni datang bila kawan kawan blogger berminat ! Kita kena amik semangat dari diorng sebagai tanda sokongan mereka terhadap segmen kita ..

Macam aku .. ada yang pertikaikan segmen yang aku buat ni takde hadiah yang best .. Hadiah tah hapa hapa .. Cam sticky post tu.. kalau lah dia bijak , hadiah $$ tak seberapa sangat dari hadiah mempromosi blog tu ! Hadiah jangka masa panjang !! Fikirkan la tu .. Jangan jadi cam anak burung .. Jadi cam anak buaya.. lahir lahir terus masuk ke dalam sungai ... ikut mak dia .. bukan nganga dalam sarang ...

You May Also Like

33 comments

  1. sticky post itu la bagus seperti kata En Ben. Nanti selepas sekian lama baru dia sedar.. "Ohh..."

    cuba bayangkan..kalau kita nak tanam pokok Getah. hari ini tanam, takkan esok dah nak toreh..kan?kan?

    huhu

    BalasPadam
  2. mmm...berssh dahulu..bersenang2 kemudian...

    BalasPadam
  3. sy suka ben buat segmen promosi blog tu..free promotion lak tu..tp kn kn..erm sy segan nk join..huwaaaa...sadis sungguh =_=

    BalasPadam
  4. pehh..terbaik bro!!! mmg terasa tu..haha sbb bukan sng nak naik atas, kdg2 kita tumpang org je utk sma2 naik. Tapi kita x berusaha..thanks sebab mengingtkan..=)

    BalasPadam
  5. askum ... thanks nasihat dan tips .. jenguk blog..ada entri khas yg tak seberapa ...

    BalasPadam
  6. Thanks kepada FareedSairi dan AbangBen sebab sudi mempromote blog kami walaupun kami sendiri pun tak pernah nak promote blog korang. Hehehe.. Wan harap dengan usaha murni fareed ngn abang ben ni, kita semua dapat manfaat yang cukup bermakna dalam dunia blog mahupun kehidupan seharian. Niat yang baik pasti akan dapat ganjaran yang baik kelak. Bukan senang nak tengok blogger popular yang rapat dengan follower2 dia macam yang abang ben buat ni.. Tahniah buat Abang Ben dengan idea yang menarik untuk buat segmen2 ni. Kepada semua blogger2 kat luar tu, janganlah kita mengharapkankan balasan komen, tapi cedoklah sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang berguna dalam setiap entri2 yang dipost. Kalau mau sangat berinteraksi, pergi lah join gathering yang Abang Ben buat. kan3x.. hehe.. Sekian. Tu je nak cakap...

    BalasPadam
  7. SAYA DAH MALAS NAK BERBLOG..





    boleh tak nak kata camtu??huhuhu.. ;p

    BalasPadam
  8. hehehe..betul..betul..betul..:)
    s0kong 101%..:D

    BalasPadam
  9. Betul tu mr ben, promosi blog ni utk jangka panjang, lagi pun best laa bila org baru dtg blog kita, lagi bersemangat nak berblogging nih. Mama pun salute & tabik spring laa kat u sbb sanggup susah payah buat segmen tlg promote mempromote nih, mmg tak mudah. Mama baru je buat satu Giveaway, dah mcm nak fengsan hehehe... tp sronok kan bila org bagi sambutan? rasa terharu & berbaloi kan, kan? hehe

    BalasPadam
  10. blog nie best.....thanx sgt2 kt abg Ben, may Allah bless u....

    BalasPadam
  11. dgr baik2 yer semua...

    KESAN JANGKA PANJANG
    KESAN JANGKA PANJANG
    KESAN JANGKA PANJANG

    korang fikirla ape dia KESAN JANGKA PANJANG tu?

    to all
    bt pengetahuan korang semua, ben nie sntiasa bwk notebook kecik molek, cute-mute dia ke mana2, so kat2 mne2 jer dia pasti akn update blog. mcm futsal hr tu, mase tgh rht kjp pun dia smpt lg updates blog. ak pn tkjut jgkkn tapi apakan daya dah itu dia pny minat & kebolehan. so, xheranla dia blh layan segmen2 yg dia bt tu.

    KOMITMEN + PERAH OTAK + MINAT

    Gathering Blogger Futsal

    BalasPadam
  12. thanks je banyak2 dari Gerrard atas usaha Ben kepada semua bloger-blogger ^_^

    BalasPadam
  13. @Y@N@.. rugi tak join segmen BA.. join la..

    Thank BA n Bloglarian.. Makin ramai kawan dan makin seronok .. Sedangkan yg sikit2 ni pun dah rasa semput.. kalau mcm BA.. taktahula nk wat camne.. tahniah.. Komitment memang 1st class..
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  14. owh...sy bknlah blogger tegar..huhu ..takat ni memang tak bape bg tumpuan pd blog sy..cumenye bile sy rs ada cerita best,ada rasa serabut..br sy update blog....boleh ke cmtu ?? heeee

    BalasPadam
  15. Me penah x ucap thanks to En.Ben? kesal if x penah... t'lupa? x patutnya kan...huhuhu...

    thanks so much En. Ben atas usaha promotekan blog blogger2 baru macam Me...

    BalasPadam
  16. Sekarang saya dah faham knp Blog Ben memang ramai yg suka baca sbb Komitmen yg Ben berikan terhadap blog memang saya lihat 100%. saya kagum dgn komitmen yg Ben berikan . memang patutla hasilnya luarbiasa juga. saya sendiri tiap hari pun tak terlepas utk buka Blog Ben. pada saya dalam dunia blogger ni Ben memang jadi idola saya. harap dpt beri tunjuk ajar lagi kpd saya mcm mana utk saya tingkatkan lagi traffik ke blog saya.

    BalasPadam
  17. sori ben out of topik sket. ko dah tak layan gym ke? nape xde entri2 baru pasal workout??

    BalasPadam
  18. takut cakap pasal komitmen..mula-mula ada blog untuk saja-saja je..bila dah lama-lama kena ada komitmen...

    BalasPadam
  19. coment yang bernas..aku kalau macam tu nak jadi anak buayalah..hehehe..

    Memang letih berblog kalau masa tak pandai manage.. blog larian tu dah semakin hot.. aku tengok je dah beratus orang letak link..sekarang aku pon suka blogwalking dekat situ

    BalasPadam
  20. salam ben!! tok setuju, nilai sticky post kat blog ben walopom 12 jam, banyak memberi manfaat kat tok especially, trafik dekat 800 uv,

    satu percanpaian yang tertinggi buat blogger picisan..

    tok setuju, jgn tengok nilai hadiah.. cara promosi blog pom bnyk manfaat nye..

    TQ ben

    salam, tok datang bawa khabar berita..
    ada award tuk kamu..

    Award blogger star

    BalasPadam
  21. sempoi !! wa tak ngangaa..kalo bole nk cari makan sndiri lps ni tp blajar tetap kena berguru..kalo tak bole mampose tgh jalan...heee.

    BalasPadam
  22. Hmmm ... penting tu komitmen, samalah juga dengan kena ada orang yang selalu lawat blog. Macam blog bangku kosong .. kosoongggg je walau buat segmen... sib baik ada baik hati - sorang je yang masuk segmen tu ....

    Segmen Maal Hijrah saya kurang sambutan .. boleh kata takde sambutan pun.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  23. "Jangan jadi cam anak burung .. Jadi cam anak buaya.. lahir lahir terus masuk ke dalam sungai ... ikut mak dia .. bukan nganga dalam sarang"

    uhuuuuuuu....sy sgt suka ayat ini....huahuahuahua.....

    betul tuee!! komitmen!!! itu yg pntg ma.....ghee~

    BalasPadam
  24. hanna takmau jd ank burung, yeah!
    teruskan usaha!

    BalasPadam
  25. Wah! tak sangka bro sanggup buat satu en3 semata nak jawap soalan den...terima kasih bebanyak. Bro memang banyak bg idea pada den secara tak sedar. hehehe. Takpe bro, jgn risau. kami semua senantiasa sokong...kalo nak jadi wakil rakyat...dah ada pengundi dah ni :)

    lg satu, minta kongsi en3 ni kat blog den bole. buat peringatan kalo en3 hilang kat blog den. hohoho

    BalasPadam
  26. betul..
    bukan senang nak bagi komitmen macam ben.
    sebab tu ben berjaya.
    keep it up dan teruskan usaha ben bantu newcomer.

    BalasPadam
  27. ye, komitmen tuh penting, sebab dunia blog nih luas, dan blogger macam cendawan tumbuh. ramai,,

    Latest Entri :
    Blog Baru (2010) Pilihan
    Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

    BalasPadam
  28. komitmen tu penting...jgn fikir utk jangka pendek je..pikir utk jangka masa panjang..

    BalasPadam
  29. memang kena rajin kan terutamanya masa awal2 bagi memperkenalkan blog kita

    BalasPadam
  30. Bila En.Ben buat segmen apa2, mesti minat nak masuk.Tapi masa kadang2 tak ada.Tapi salute En Ben sbb bukan senang nak layan semua org.Layan anak murid 45 org pun dah tenoning.

    BalasPadam
  31. setuju!. blog bukan untuk hari ni je. bila orang nak start buat blog soalan penting ni dia kena tanya diri sendiri.

    "Dalam masa 2,3 tahun, ada lagi tak komitmen untuk blog?"

    kalau ada teruskan berblog. kalau takde. lupakan saje, tulis je note kat facebook.

    BalasPadam