Kenyataan Wan Azizah memalukan orang Melayu
KUALA KRAI 2 Dis. - Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.
Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.
"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.
Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama
15 comments
mcm2 ngan politik skg ni,..aduii~
BalasPadamTula dia..klu dh kuasa dikejarkan sanggup kata apa saja..
BalasPadamhuh! warna warni politik..
BalasPadaminilah jadinya kalau kerajaan sendiri tak transparent,,
BalasPadamrakyat tak tahu menahu apa terlindung..
Propaganda dunia :)
BalasPadamsebenarnyer,kite patut buat hak ketuanan islam,bukan hak ketuanan melayu..apepun,Malaysia ni Allah punye,bukan melayu punya.
BalasPadamWallahualam....
ingt senang ke nk ubah perlembagaan?? hak ketuanan melayu tu dh termaktub dlm perlembagaan.. susah wooo nk pinda2 nih.. hohoho~ ^_^
BalasPadamp/s: jemputlah encik ben dtg ke blog keen ye.. thanx~ http://nusananosa91.blogspot.com/
tak abis-abis ketuanan melayu. ckp pasal melayu sikit je masing-masing nak melantun, tapi pasal islam yang dihina semua buat pekak telinga buta mata. manusia..manusia..
BalasPadampolitik..sangat kotor..aku berkecuali bro
BalasPadamada apa dengan melayu? melayu ni pun bukan orang asal tanah melayu..dari afrika la...hahaha
BalasPadamapa nak dibangga sangat dgn melayu, kalau melayu yg jatuhkan melayu....kalau melayu yg jadi tuan tu x islam nak wat apa.....
BalasPadamadush, tegur parti lain,parti sendiri..hahahahaha...
BalasPadammelayu?tamadun termuda ..melayu?termasuk indonesia,cape town..banyak lagi,so faham2lah an..
..hak islam itu patot dimertabatkan lagi..huhuhuhu
Komen saya : No Komen...
BalasPadamBlh gitu? Ekekekeke
btl tu kak wan n seangkatan dgn nye..sy sokong kalian.. :)
BalasPadamjd pemerhati politik sbb thn depan nk mengundi..wakaka..
BalasPadam