Bayi hidap 11 penyakit

by - Rabu, Disember 01, 2010

 

JOHOR BAHRU: “Faiz mengalami 11 masalah kesihatan termasuk empat penyakit kronik dan hospital kini umpama rumah pertama kami,” kata Nor Azifa Othman, 26 di sini, semalam.

Anak bongsunya, Muhammad Faiz Irfan Mohammad Fauzi, setahun, menderita saluran jantung berlubang, paru-paru berair, leukimia, pendarahan otak dan pelbagai lagi.

Pada masa sama, Faiz turut mengalami kecacatan di mana dia tidak mempunyai cuping telinga kanan.

Keadaan kesihatan anak kecil itu menyebabkan Azifa dan suaminya, Mohd Fauzi Harun, 36, hidup dalam kebimbangan terutama ketika Faiz sesak nafas.

“Ada kalanya kami merayu pada doktor supaya memasukkan Faiz ke wad kerana tidak sanggup berulang ke hospital memandangkan ia bukan saja membuang masa, malah membabitkan kos perjalanan.

“Namun, sekiranya keadaan Faiz bertambah baik, kami diminta untuk membawa pulangnya ke rumah di Kampung Sinaran Kempas,” katanya.

Akibat sering mengambil cuti kecemasan dan sebagainya, Mohd Fauzi pula hilang pekerjaan di sebuah kilang dan ia menambah beban keluarga berkenaan.

Menurut suri rumah sepenuh masa itu, Faiz juga pernah diserang sawan hingga koma tiga hari pada Mei lalu selain dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama lebih lima hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lalu berikutan sesak nafas.

Keadaan kesihatannya semakin kritikal dari sehari ke sehari dan akibatnya, Faiz tidak berupaya untuk berjalan mahupun menggerakkan anggota badannya secara normal menyebabkan dia sentiasa dalam keadaan tidak bermaya dan terlantar. Doktor pula menasihatkan keluarga berkenaan mendapatkan tong dan mesin membekal oksigen mudah alih untuk kegunaan Faiz di rumah kerana ia boleh menjimatkan kos perjalanan ke HSA.

“Bagaimanapun, kami tidak mampu menanggung kosnya yang mencecah RM5,000 memandangkan kami tidak bekerja, manakala anggota keluarga lain pula bukan orang senang.

“Bantuan kewangan dihulur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya mampu menampung kos perubatan Faiz dan kami berharap ada pihak sudi tampil membantu membolehkan Faiz menjalani kehidupan selesa,” katanya.

-HMETRO-

You May Also Like

12 comments

  1. besyukur bila den takde penyakit.
    sian bby tu..wuwu

    BalasPadam
  2. Ya Allah, besarnya dugaan utk diorang... moga Allah permudahkanlah untuk diorang hadapi semua tu. Btw, mr ben tau tak camna nak contact the family? Berita ni dari mana ye?

    BalasPadam
  3. hmm, kesian :'(
    berat mata mmandang berat lagi bahu memikul ..

    BalasPadam
  4. Ya Allah, sungguh besar dugaan yang di terima keluarga Nor Afiza kerana mempunyai bayi berpenyakit kronik. Selain peranan kerajaan seperti JKM, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) pun boleh juga cuba seperti untuk kos pembedahan. semoga masyarakat juga dapat memainkan peranan juga. ada info berkenaan nak membantu keluarga ini?

    BalasPadam
  5. kesian kt baby tu... :(
    kita yang x de penyakit ni beringat la sebelum kena..

    BalasPadam
  6. Diharap kluarga bayi dpt bersabar menempuh ujian Allah.. semoga ada yg mampu sudi membantu untuk menampung kos membeli tong dan mesin membekal oksigen itu...

    BalasPadam
  7. Ya Allah , kesiannya . semoga ada yang akan bantu .

    BalasPadam
  8. BA; Kesian dgn nasib yg menimpa keluarga ni.

    BalasPadam
  9. moga ada yg dapat memberi bantuan kps keluarga faiz. terima kasih kpd metro krn alert dgn kesusahan masyarakat.

    BalasPadam
  10. harap tabah dan sentiasa sabar dgn dugaan ini.
    sesungguhnya Allah menurunkan ujian yang mampu untuk hambaNya

    BalasPadam
  11. berlipat kaliganda ganjaran yang Allah beri pada ibubapa sperti ini,setiap masa dan setiap saat selagi anak ini bernyawa..Allah Maha,Mengetahui,Pengampun lg Maha Penyanyang..Allah menguji pada mereka yg dipilih..pasti keluarga ini beroleh keberkatan..walaupun payah dan perit dan sedih melihat ank tersyang begitu..

    BalasPadam
  12. ya allah, muda sangat lagi nak hadapi semua tuh. memang kena KUAT hadapi semua tuh. Hope family dia tabah. dugaan setiap individu lain-lain.

    Latest Entri :
    Beautiful Heart Award

    BalasPadam