Gegaran gempa Sumatera dirasai di Selangor

by - Rabu, Disember 01, 2010

 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada 8.50 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 kilometer dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia, dan 241 kilometer dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.

Menurut kenyataan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan berkaitan gegaran. - BERNAMA

- BHARIAN-

You May Also Like

7 comments

  1. Waaahhh...Ni nasib bek baru gegar2ran geli2 jee...Kalo yg menyebbkan Tsunami tu mcmn?

    Ya Allah..mdh2han hamba2 mu ini semua terselamat dari bencana yang tak mampu kami hadapi..Aammminnn...

    BalasPadam
  2. syukur kerana kita tidak seperti mereka...

    BalasPadam
  3. salam,

    tak perasan pulak ada gegaran? tak rasa lah tu...mungkin tak sampai Shah Alam...dan tak duduk di bangunan tinggi...sesiapa yang duduk di bangunan tinggi mungkin terasa gegaran

    BalasPadam
  4. gegaran dirasai...ni seperti ape saje yg di rasai oleh sumatera akan dirasai oleh Malaysia jugak nanti...

    MrBen..Kami pun sertai segemn berani mati tu.....

    http://drsongo.blogspot.com/2010/11/berani-mati-blog-kami-best.html

    BalasPadam
  5. ya allah..harap2 xde la kena kat malaysia ni..

    BalasPadam
  6. Tadi gegarannya memang terasa kat Shah Alam. Kalau dok sama aras tanah, mungkin tak rasa.

    BalasPadam