Kejamnya ...
Tertuduh mengaku bersalah cederakan dua anak turut dihukum dua sebatan
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid.
Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.
M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru.
"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak.
"Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai.
Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka.
Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28.
-BHARIAN-
24 comments
kesiannya ank diaa.. :(
BalasPadamhuh!!~
BalasPadamxde langsung perasaan..
cian bdk2 tue..
apa punya ayah la mcm ni. melampau!
BalasPadamdah baca berita tuh kat newspaper... sian si isteri ngan anak2... yang terharunya, si isteri dah memaafkan suami dan x berdendam... sedihkan??
BalasPadamsianyya dia. teruk betul. gila ke ape? grrrrrr
BalasPadamsket sangat hukuman yg dia kena berbanding ngan seksa anak and wife dia- seumur hidup
BalasPadamMY RECENT POST: KATAK PURU boleh dimakan ?
kesian dgn masa depan anak-anaknye...
BalasPadamkesian pd si anak...hhuhuh...marah kdg3 bole buat org jadi gile kalau xdpt kawal...
BalasPadamkerasukan syaitan tuh..nauzubillah
BalasPadamsedih nye nasib anak dia... :(
BalasPadamcmne lah mse depan dia...kesian dai nak mmbesar... kalau mak dia yang kena lain ceritanya...
Astaghfirullah halazim... mcm mane boleh jadi bapak ni? x siuman tul!!! ;B
BalasPadamkesiannya..kalau mare2 g la smbhyng sane.. ;)
BalasPadamADA AWARD NTOK AWAK
"1.Coolest Blogger Award??"
kesian anaknya yg tak bersalah..haku rasa tak patut ah 5 tahun..seumur hidup terus..mcm mana la masa depan anaknya nanti...wife dia pun masih sygkn dia lg..adei..susah nak komen bab ni..
BalasPadamkesian sangat..
BalasPadamtengok dlm news semalam.. pelaku jenayah tu hepi hepi je.. geram betul!!
ALL IN ONE
sy sgt sakit hati bile tgk berita semalam..boleh die melompat riang selepas dijatuhkn hukuman.ceettt!
BalasPadamYa Allah, sanggup buat macam tuh kat darah daging sendirik! Kesian anak dia, entah macamana lah masa depan dia nanti...huhuhuhu
BalasPadamSemoga keluarga tabah & si Bbapa dapat balsan setimpal & insaf.
ENTRY BARU :FILEM KITA TAHAP MANA
geram dengan isu macam ni...salah sikit simbah asid, silap sikit bunuh sana-sini....menakotkan!
BalasPadamhukuman masih tidak setimpal dengan cara dia merosakkan masa depan keluarganya sendiri..
BalasPadamkalau lisa jadi hakim..hukum rotan sampai mati...
BalasPadamdia hancur kan masa depan anak dia ya allah apa jenis manusia la tak paham btol
BalasPadamAlahai...manusia,manusia...kenapalah kejam sangat....
BalasPadamTak berbaloi hukuman macam tu.Patutnya simbah balik dgn asid baru dia rasa
BalasPadam"...orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya.'...suka dgn kata ni dan renung2kan kembli....
BalasPadam@nur
BalasPadamSiap angkat tangan lagi tanda megah. Bodoh!!!