Akan ku miliki hatimu itu .. (3:2 )
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..
Bab 3: [3:1] ..
Hampir pukul 8 pagi. Sekejap benar masa berlalu. Seperti semalam saja aku baru aku masuk ke kolej. Sapa sangka , dah tamat selesai pun perjuangan aku untuk mendapatkan sehelai kertas untuk melayakkan aku mendapatkan pekerjaan yang bagus di bandar besar ini. Tanpanya , aku tiada nilai walaupun punya pengalaman .
“ Aahh.. lantak laa.. g je la interview tu.. Dapat ke tak , belakang cerita. Yang penting , cuba dulu ! “.
Ya , ingat lagi saat aku nak pergi interview .Bertempur dengan perasaan sendiri. Maklumlah , aku memang liat nak bekerja bawah orang. Nak buat perniagaan sendiri , belum sampai masa. Nak tak nak , kena pergi juga . Apatah lagi campur tangan orang tua aku. Terpaksa !
Satu penyakit aku , gemuruh ! Tu antara sebab aku malas nak bertemuduga ni. Namun aku kuatkan semangat untuk pergi ke tempat temuduga tu. Syarikat kecil yang menjadikan IT punca pendapatan utama.
Seperti biasa , pengangkutan utama aku untuk ke sana adalah bas dan lrt. Senang ! Tak payah fikir bab minyak dan parking. Yang penting pengurusan masa. Dan pastinya utk ke syarikat ni , aku kena keluar 1 jam lebih awal. Kalau tak , confirm aku sangkut.
Ya… Aku sampai tepat pada masanya. Kelihatan ada 10 orang sedang duduk menunggu.
“ Arghhhh.. ramainyaa .. ni yang buat aku rasa nak balik je !! Maakkk , tak dapat kerja !! “. Hati aku menjerit padahal interview pon belum lagi !
Tiba-tiba terpandang satu perempuan ni . Luluh jantung aku masa tu gak..
“ Maaakkk … anakanda jatuh cinta lagi !!! “. Bersemangat dengan tiba-tiba. Kalau boleh biar lama lagi pon tak pe temuduga tu ! Dapat pandang awek tu lama lama ..
Aku pandang dia .. Sebelah dia ada kerusi kosong. Dan sememangnya itu saja kerusi yang tinggal untuk dihuni buat sementara waktu..
“ Nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak … Sekurangnya hilang rasa bosan aku sekejap .. “.
Aku bergerak ke arah dia . Tiba-tiba , keluar seorang perempuan muda dari sebuah bilik berhampiran dan bersuara ..
“ Laila , masuk sekarang .. “
Aahhhhh … kecewanya !! Baru nak tabur ayat !! Dah dia pulak masuk ! Adoii ..
Dan pagi ni , aku dan dia akan berjumpa untuk kali kedua memandangkan kami sama sama berjaya dapat pekerjaan di sana ! Yes !! Dia semangat aku untuk ke sana pagi ini !
Rindukan dia? Gila ke apa ? Baru tengok sekali dah rindu ? Sabrina ? Adawiyah ? Mereka dah menjadi sejarah ! Biarkan mereka dengan dunia mereka sekarang.
Sebelum aku melangkah kaki keluar dari rumah , seperti biasa aku pastikan blog aku diupdate.
-SAMBUNG-
4 comments
laila?hihihi
BalasPadamheheheee...sudah jatuh cinta ye! satu opis pulak tu!
BalasPadamAla.... menarik untuk dibaca tapi masa mengekang!
BalasPadamjatuh cinta lg...hehee
BalasPadam